Pakatan Rakyat Untuk Semua..




Tanggal 7 APRIL bakal menentukan nasib rakyat di tiga negeri .P059 BUKIT GANTANG PERAK DATO SERI IR MOHAMAMD NIZAR JAMALUDDIN,
N25 BUKIT SELAMBAU KEDAH S.MANIKUMAR , N29 BATANG AI SARAWAK JAWAH GERANG
.kesemua calon pakatan rakyat mesti diundi oleh rakyat yang cintakan keadilan dan demokrasi di Malaysia supaya bersinar kembali.
Pastikan mandat rakyat kembali ke tangan kita..

Kenali calon PAS dari dekat..

YB Nizar calon Bukit Gantang P 059


pada tanggal 23 mac 2009...teka teki siapa calon PAS sudah terjawab..sekali lagi mandat diberikan kepada YB Nizar untuk menebus kembali kezaliman BN..Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam dan pulihkan semula demokrasi di Malaysia yang makin kotor dan terpalit kezaliman yang dahsyat.

Syabas kalian dalam SPM 2008!





Prestasi yang mantap dilakukan oleh adik-adik junior sekolahku.Moga kejayaan ini memberi manfaat kepada kalian dalam mendaulatka Islam di muka bumi ini.Teringat aku SPM tahun 2003 yang keputusan pun tidak sehebat mana kalau nak dibandingkan batch adik-adik ni.Tips yang perlu ada perlu hormat guru ,jangan sakiti hati mereka dan study smart not hard..Sejarah 1999 berulang kembali Taayah 100% SPM lulus..

Tahniah adik2 SPM 2008!





Sekalaung tahniah dan terima kasih kepada guru-guru serta para pelajar Sek Raja Perempuan Taayah yang mengekalkan tradisi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008.Kejayaan anda kebanggaan Islam khususnya.Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat.Be the professional muslim one day!

Rabiul Awwal yang dinantikan..


Bulan RABIUL AWWAL sudah berlalu. Nasyid selawat dan marhaban yang sentiasa diperdendangkan selama sebulan telah berhenti. Sambutan maulidul rasul tamat seketika untuk tahun ini. Kedatangan rabiul akhir telah menghentikan kemeriahan rabiul awwal. Kedatangannya juga telah menghentikan atau sedikit sebanyak telah meredakan percanggahan pendapat tentang keharusan atau tidak mengadakan sambutan maulidul rasul. Inilah yang kita lihat saban tahun. Pengulangan tahun hijrah mengulangkan sambutan maulidul rasul dan apa yang ada bersamanya. Soalnya, di manakah hasil atau kesan daripada sambutan maulidul rasul?

Kita tidak lagi ingin bertanya, apakah bid’ah atau tidak merayakan maulidul rasul? Ini kerana kita semua telah sebati dengan pendapat orang-orang yang mengharuskannya, (kerana kita berada di kalangan mereka) samada kita suka atau tidak. Soalnya, adakah sambutan ini wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Abu Bakar r.a.? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Saidina Umar r.a.? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Saidina Usman dan Ali? Kalau jawapannya ia, sudah pasti tiada khilaf di kalangan kita menerimanya. Dan kalaulah jawapannya tidak, maka tidaklah pelik kalau terdapat golongan yang tidak menerima sambutan maulid ini.

Cuma persoalannya, kenapakah dan apakah yang mendorong para ulamak mengadakan sambutan maulidul rasul? Apakah mereka menyambutnya tanpa sebarang sebab, atau hanya mengikut tradisi sahaja? Kalaulah kita bersangka baik dengan para ulamak silam kita, - dan sudah tentu demikian – kita pasti menyatakan bahawa mereka mengadakan sambutan hari kelahiran Rasulullah s.a.w. ini dengan tujuan tertentu. Dan bagi saya, tidak ada tujuan lain bagi mereka melainkan kerana kecintaan mereka kepada Rassulullah s.a.w. Mereka ingin supaya Rasulullah s.a.w. sentiasa berada di sanubari umat Islam. Mereka ingin supaya umat Islam sentiasa menyayangi, menyebut dan menyanjung baginda sentiasa. Mereka inginkan supaya ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w. sentiasa menjadi pegangan dan amalan umat Islam.

Kalaulah ini tujuan mereka, adakah tepat perayaan maulidul rasul yang disambut oleh kita sekarang? Siapakah di kalangan kita yang bertambah kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w. dengan menghadiri perayaan sambutan maulidul rasul? Apakah bertambah bilangan ahli masjid setelah selesainya sambutan? Di manakah orang-orang yang berhimpun pada 12 rabiul awwal dan berarak merayakan maulidul Rasul? Kerana itu, setelah selesainya bulan rabiul awwal tahun ini, marilah sama-sama kita memikirkan beberapa perkara di bawah, kerana apa yang pasti, -jika kiamat belum menjelma- rabiul awwal akan berulang, dan ia juga akan membawa bersamanya apa yang sentiasa dibawanya.

Pertama : Marilah sama-sama kita memikirkan supaya sambutan maulidul rasul memberikan sesuatu yang positif untuk Islam dan umatnya. Biarlah sambutan maulidul rasul sampai kepada matlamatnya, iaitu mengenali dan mencintai junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w. Janganlah sambutan maulidul rasul hanya menjadi acara ritual yang tidak memberikan sebarang makna dan faedah.

Kedua : Memang tidak dinafikan berlaku khilaf tentang merayakan maulidul Rasul, namun tidak berlaku khilaf pada wajibnya mencintai Rasulullah s.a.w. Mengenal Rasulullah s.a.w. dan mencintainya merupakan antara kandungan rukun Islam yang pertama, sebagaimana ia juga termasuk antara rukun-rukun Iman yang enam.

Ketiga : Memang tidak dinafikan berlaku khilaf tentang merayakan maulidul Rasul, tetapi tidak berlaku khilaf dalam kewajiban menyebarkan ajaran baginda. Kerana itu, isilah perayaan maulidul rasul dengan ceramah-ceramah yang memberikan kefahaman mengenai Islam dan tuntutannya. Dan janganlah maulidul rasul hanya diisikan dengan perarakan, slogan-slogan dan nasyid-nasyid selawat, marhaban dan berzanji sahaja. Tambahan pula, bila berlaku kekhilafan, dan kita terpaksa melakukan perkara itu, maka gunakanlah untuk menegakkan agama Allah SWT. Kita juga perlu ingat bahawa perkara yang berlaku khilaf dalam keharusannya, tidaklah sama dengan yang ittifaq (sepakat) ulamak mengharuskannya atau mengharamkannya.

Keempat : Janganlah medan sambutan maulidul rasul menjadi tempat untuk bertambahnya amalan bid’ah dan maksiat (seperti percampuran bebas lelaki perempuan semasa perarakan atau semasa penyediaan masakan untuk majlis sambutan). Ini kerana hasil yang ingin dicapai melalui maulidul Rasul adalah ittiba’ (mengikut dan menghidupkan kembali ajaran baginda). Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), kalaulah kamu semua mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya kamu semua akan dicintai Allah dan Dia akan ampunkan dosa-dosa kamu, kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani” . Surah Ali Imran: 31.

Kelima : Kita hendaklah berhati-hati dan cermat dalam menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah medan sambutan maulidul Rasul menjadi tempat untuk kita mengulangi kesilapan-kesilapan orang-orang yang sebelum kita yang telah tersilap (walaupun tanpa disedari) dalam menyebarkan perkara-perkara yang palsu berkaitan dengan Nabi kita Muhammad s.a.w. Sebagai contoh kita menyebut bahawa di malam kelahiran baginda, runtuhnya tiang-tiang istana Raja Kisra, padamnya api kerajaan Parsi (yang beragama Majusi) sedangkan tidak pernah padam semenjak seribu tahun dan keringnya air Buhairah Sawah (Sawah ialah nama tempat bawah kerajaan Parsi) [1] . Samalah juga cerita kijang memberi salam kepada baginda. Cerita-cerita seperti ini tidak memberikan sebarang kesan amalan kepada kita, apatah lagi ia adalah cerita yang tidak sahih.

Keenam : Semua umat Islam yang memahami Islam akan mencintai Rasulullah s.a.w. Orang yang mengadakan sambutan maulidul rasul adalah kerana mencintai Rasulullah s.a.w., sebagaimana orang yang tidak bersetuju dengan sambutan ini juga adalah kerana kecintaan dan ittiba’ mereka dengan sunnah Nabi s.a.w. Kerana itu, sama-samalah kita bersangka baik dan janganlah kita saling tuduh menuduh dan buruk memburukkan sesama kita . Janganlah ia menjadi perkara yang dilihat sebagai agama pada zahirnya, tetapi neraka pada batinnya .

Ketujuh : Kalaulah benar kita semua mencintai Rasulullah s.a.w., kita hendaklah buktikan dengan mengikuti ajarannya. Janganlah kita semua berhimpun pada rabiul awwal untuk sambutan maulidul rasul, tetapi masjid kita lengang dan kosong tanpa himpunan jemaah. Janganlah kita bangun berdiri untuk berselawat, tetapi malas untuk bangun bersolat. Kalaulah kita mencintai Rasulullah s.a.w., bukan selawat dan marhaban sahaja yang kita laungkan, tetapi “ kembali mengamalkan Islam ” yang kita laungkan. Kita bukan sahaja berarak membawa slogan “Akhlakmu Sungguh Agung, Wahai Rasulullah”, tetapi kita akan berarak dengan slogan “ Jangan Pinggirkan Ajaran Rasulullah ”, “ Al-Qur’an Dan Sunnah Adalah Perlembagaan Kami ” dan slogan “ Tegakkan Kembali Syariah Islam Di Bumi Kami ”.

Kelapan : Jangan kita hanya menyambut maulidul rasul tetapi menolak ajaran Rasul. Kalaulah kita menyambut maulidul rasul, maka lebih utama bagi kita untuk menyambut ajaran Rasul. Ingatlah bahawa sambutan maulidul rasul adalah satu perkara khilafiah, tetapi menyambut dan menjunjung ajaran Rasul merupakan satu kewajiban di atas leher-leher kita semua. Bahkan dalam sejarah Islam, para mujahid Islam sanggup bermandi darah dan mempertaruhkan nyawa untuk ajaran Rasulullah s.a.w.

Kembalikan bahasa Ibunda ...




7 Mac 2009 bakal menjadi tarikh keramat dan satu lagi sejarah tercipta di tanah air tercinta ini apabila para pejuang bahasa Melayu bakal turun dalam perhimpunan aman raksasa di hadapan Istana Negara,Kuala Lumpur(Jam 2.oo Petang) sebagai satu bantahan keras terhadap usaha untuk meneruskan dasar PPSMI.

Setelah sekian lama membantah melalui sesi seminar,bengkel,penyerahan memorandum bantahan,dan melalui pendedahan ilmiah kajian terhadap kegagalan dasar PPSMI ini.

Akhirnya pejuang-pejuang Bahasa Melayu melalui Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP) yang dianggotai oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu,ahli parti politik,ahli akademik-cendekiawan,golongan korporat,mahasiswa dan seluruh rakyat daripada pelbagai latar belakang pendidikan bertekad untuk mengajar pimpinan politik yang terus berdegil ,membisu dan memekakkan telinga daripada mendengar keluahan rakyat serta ingin meneruskan dasar yang menyusahkan rakyat bawahan ini.

Walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan seperti fikiran jumud,terlampau mengikut emosi,anti Bahasa Inggeris dan lain-lain fitnah dan propaganda ,pejuang-pejuang Bahasa Melayu tetap istiqamah mendaulatkan bahasa rasmi Malaysia ,Bahasa Melayu.

Nama-nama besar dalam perjuangan Bahasa Melayu seperti Dato Hassan Ahmad(bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka),Prof Shaharir bin Mohamad Zain(anak Melayu pertama mendapat PHD dalam Matematik),Profesor Emeritus Dr.Abdullah Hassan(Profesor bahasa)Dato A.Samad Said(Sasterawan Negara) dan ramai lagi bakal turun bersama-sama rakyat dalam perhimpunan aman raksasa ini nanti.

Justeru itu Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya mengajak seluruh mahasiswa di Malaysia untuk bersama-sama dengan perjuangan pejuang-pejuang Bahasa Melayu ini demi maruah Bahasa Melayu dan demi negara tercinta,Malaysia.

”Bahasa Melayu Bahasa Rakyat Malaysia”
(Penulis merupakan Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM))

Roti Strawberry dilarikan....???






Satu petang yang hening selepas pulang dari makmal programming aku bergegas pulang ke kolej dengan menapak naik ke atas bersendirian.Di pertengahan jalan aku terserempak dengan sahabatku Izzahwati yang kebetulan mengalami masalah pada motornya.Aku cuba membantu apa yang patut tetapi dia kata tak pe la kak sebab motornya kehabisan minyak dan dia teleh menelefon sahabatnya minta belikan minyak motor yang sudah kehabisan..kasihan aku lihat dia..aku pun berlalu pergi.Aku sampai ke kolej dan menuju ke kafe untuk membeli makanan sebab aku malas nak turun kali kedua.alang-lang dah turun biar beli makanan sekali.tak buang masa dan tenaga.Aku teringat ada kafe nasi kandar baru buka di kafe ni.Aku bukan nak makan nasi kandar tetapi aku nak cuba roti canai di sini.Aku lihat menu makanannya.EMMM..lazatnya macam2 ada.Aku pun pilih ROTI STRAWBERRY..aku bayangkan dalam kepala mmm...sedapnya.
Aku menunggu pesananku sambil memerhati sekeliling.Tak ramai lagi budak2 ukm yang datang sebab belum pun masuk waktu Asar.selalunya ramai budak2 ni waktu jam 6 petang ke atas.lapar katakan memang mcm tu suasananya.Penjual memanggil pesananku,"ROTI STRAWBERRY SIAP!",..aku pun bergegas ke kaunter dan terus bayar harganya .Aku pun terus menuju ke blok untuk pulang.Ketika nak melalui kawasan blok aku lihat seekor beruk melalui kawasan tempat kerusi rehat .aku pun cepat2 melangkah naik ke atas tangga.Tiba2 aku dengar jeritan dari arah bawah.Aku terkesima bilamana roti strawberry ku diragut atau dilarikan oleh sang beruk durjana.tinggal lah plastik yang sudah konyak.aku menjerit juga tapi yang peliknya aku jerit sekali je ..sebab kebetulan ramai budak laki di surau nak solat Asar..malu gak dibuatnya.aku seperti budak2..hentak2 kaki tanda protes dan tunjuk payung pada beruk ni supaya dia pergi jauh .lagipun hatiku marah sebab makananku dilarikan tanpa aku merasai sedikit pun..
Aku pun terus ke bilik.Aku membebel sorang2.Aku pun hantr sms pada roomate ku minta dia belikan aku roti starwberry sebab aku teringin sangat ..mujur roomate ku faham..Ini ujian buat diriku ..aku pun cuba buat kesimpulan dengan situasi hari ini.
Macam tulah keadaan seorang pemimpin yang rakus yang menzalimi rakyat dan menindas tanpa rasa bersalah apa2 seperti yang berlaku rampasan kuasa secara haram di Perak tanah airku,tanah kelahiranku yang kusayangi..swaktu kerajaan PR ini dirampas secara rakus aku menangis di sejadah sebab PRK yang lepas rakyat Perak telah beri mandat kepada Pakatan Rakyat untuk tadbir Perak penggal ini.Tetapi hanya bertahan lebih kurang 11 bulan je tak sampai setahun lagi nak bertukar kerajaan lain yang dirampas secara haram tanpa prosedur yang sah..kita boleh umpamakan dalam kisah ini beruk sebagai pemimpin yang zalim dan rakyat yang dizalimi sebagai diriku..

aku menadah tangan memohon bantuan dari Allah melalu doa qunut nazilah:

Ya Allah muliakan Islam dan masyarakat Islam.Hentikan segala kezaliman dan permusuhan.Bantulah saudara2 kami di mana jua mereka berada.Amin Ya Rabbal alamin.

Mid Exam..

Ni dah masuk minggu 9.minggu ni minggu ulat buku dan nota.GOOD LUCK semua warga UKM yg ada MID EXAM.buat betul2 dan sehabis baik.Ingat usaha , buat dan tawakkal itu penting dlm menghadapi peperiksaan..Man Jadda Wa Jada..Bit Taufik Wan Najah..