Selesai presentation


Alhamdulillah selesai sudah presentation group projek..Thanks a lot pd kwn2 sekumpulan dgn aku.Hopefully kita dapat markah yg bagus..Jutaan terima kasih jg pd Dr Juzaiddin dan Dr Rosilah sebagai supervisor dan evaluator kumpulan kami..Sekarang sudah mula "study week" . tepat j3 petang ari ni aku akan ke pudu raya naik bas balik ipoh..tak lupa buku2 dan soalan-soalan latihan kubawa sebagai rujukan aku sepanjang cuti nanti..InsyaAllah aku mendoakan sahabat-sahabat seperjuangan dalam Final Exam yang akan tiba nanti..

Resipinya:- USAHA , BUAT , TAWAKAL + DOA, TERIMA..

Buku yang patut anda baca..




Khas buat pejuang agama Allah bacalah buku ini sebagai resepi kejayaan anda..

ISLAM IS "THE WAY OF OUR LIFE"

NO 122 CaBuTaN BeRtuAH!





HAMPER yang aku terima daripada cabutan bertuah malam BBQ tahun 3 FTSM malam semalam di Dataran IT FTSM..owh tak sia-sia datang..dapat lagi plag mantan PERTAMA 2008 / 2009



syabas dah tahniah diucapkan kepada adik adik PERTAMA sesi kali ini yang mantap dari sudut kecekapan kerja.difahamkan anda telah berjaya menjalankan 3 aktiviti dalam semester ini..tabik pada korang semua!semoga banyak lagi program yang bermanfaat dapat dianjurkan lagi oleh adik-adik PERTAMA.

hadiah ini menjadi galakkan kepada aku untuk terus bersungguh-sungguh belajar untuk Final Exam nanti..Semoga kejayaan meniti di penghujung hidup ini setelah kita berpenat lelah mengecapinya..

Salam Imtihan semua warga UKM!





tak lama dah...mgu dpn mula study week dan selepas itu Final exam ...

ingat cinta 5 perkara

CINTA ALLAH
CINTA RASUL
CINTA IBUBAPA
CINTA UMAT
CINTA KECEMERLANGAN

dendangan lagu kumpulan nasyid Saujana..

Semoga semua berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat..

MPP GMUKM turun padang..




Tarikh 2 April 2009 pasti diingati oleh warga Fakulti sains dan Teknologi (FST). Pada tanggal tersebut, rombongan MPP Mahasiswa yang diketuai oleh Saudara Arif Misrol sebagai tuan rumah telah mengadakan siri road show dan dialog bersama mahasiswa FST. Program tersebut Berjaya mengumpulkan banyak masalah terutamanya masalah yang menimpa pelajar tahun 1 berkaitan dengan isu yuan dan kompetensi generik.
Rombongan yang turut dihadiri oleh 3 MPP Umum GMUKM iaitu Saudara Hisyamuddin Che Ali, Saudara Fikah Sanusi dan Saudara Faez Mat Zain ini telah Berjaya mendapat sambutan menggalakan daripada mahasiswa FST.Sebanyak 300 makalah bermaklumat diedarkan kepada siswa/i FST dengan disertakan email dan alat perhubungan yang boleh dihubungi oleh mahasiswa kepada 12 MPP Mahasiswa yang dipilih dalam PRK lalu. Hadir sama dalam rombongan tersebut ialah Saudara Mohd Faiz Ismail (MPP FPEND) dan Saudara Phoon Kar Liang (MPP FUU). Rombongan MPP Mahasiswa berada di FST selama kira-kira 1 jam 45 minit sebelum program itu berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari. Kepada fakulti-fakulti lain, MPP Mahasiswa akan turun ke sana suatu masa nanti dan tunggulah kemunculan kami untuk mahasiswa mengadukan masalah kepada kami nanti.


banyak lagi isu yang MPP GMUKM suarakan untuk kebajikan pelajar UKM..keadilan mesti ditegakkan untuk menghapuskan kezaliman dan penindasan yang berlaku..

Motivasi Diri





TAK LAMA LAGI DAH NAK FINAL EXAM..apa persediaan kawan-kawan semua? kalau rasa tension dengan assignment yang bertimbun atau presentation yg memanjang..jangan lupa luangkan masa anda untuk mendengar sambil merehatkan minda seketika dengan tazkirah atau berzikir seketika ..untuk menenangkan jiwa yang keluh kesah..setiap pekerjaan yang baik, ganjaran yang berlipat ganda Allah balas.Mulakan sesuatu dengan BISMILLAH SALAM IMTIHAN UNTUK SEMUA WARGA UKM..

2 BUKIT 1 BATANG MILIK SIAPA?

Keputusan PRK di 3 kawasan


9.20pm [Bukit Gantang] -Maklumat rasmi…. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Di DUN Bukit selambau, calon PKR, S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

8.20pm [Bukit Gantang] -Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi.

8.17pm [Bukit Gantang] -Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm [Bukit Salambau] -Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm [Batang Ai] -BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

Song Saladin The Animated Series..


Adakah Kau Lupa
Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com



Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
Lagu & Lirik : Jef Hazimin Jaafar & Alarm Me
Programmer : Sharani
Vokal : Nordin
Publishing : Gurindam Cipta
Album : Alami

Renungan bersama..

AMBILLAH SEBAGAI IKTIBAR BUKAN SEBAI BAHAN BACAAN
YG TIDAK MEMBERI ERTI SEMATA-MATA KERANA DIKAU
UMMAT PENDUKUNG ISLAM DI AKHIR ZAMAN
INI,KEBANGKITAN ISLAM TELAH TERLIHAT DIMANA-MANA
SAHAJA,,ADAKAH KAMU MASIH BERPELUK
TUBUH?,,,,AYUHLAH SEMUA PEMUDA PEMUDI
ISLAM,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,ALLAHUAKBAR!!!!!!!

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi
muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita
menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun
tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun
meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan
menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi
pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam
kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang
jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin
hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang
bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin
pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua
pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum
madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,

Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok
bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, send i ri mau ingat.

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat
ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati
sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Institut Hassan Al-Banna




ISLAM FOR ALL!

TIADA ISLAM TANPA JEMAAH..TIADA JEMAAH TANPA AHLI...

Isu Imam diputar belit UMNO..





TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.
Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping.
Punca isu : LINK

Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini.
Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan TS Muhyiddin Yassin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada anak pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan anak meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.

Terkejut lalu dia terus menyerahkan ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat “wa’tasimu” (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik kata mereka. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin. DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon Ismal Safian.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu…sahabat saya menambah…lepas ni mungkin kena pecat le ana…katanya menamatkan bualan.
Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Bacalah dalam blog-blog yang ada dalam Blog MB pun ada, Setpol pun ada…macam macam ada.
Kesimpulan :
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita bohong Zamri . Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..