2 BUKIT 1 BATANG MILIK SIAPA?

Keputusan PRK di 3 kawasan


9.20pm [Bukit Gantang] -Maklumat rasmi…. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Di DUN Bukit selambau, calon PKR, S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

8.20pm [Bukit Gantang] -Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi.

8.17pm [Bukit Gantang] -Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm [Bukit Salambau] -Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm [Batang Ai] -BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

0 Response to "2 BUKIT 1 BATANG MILIK SIAPA?"