Doa mampu membalas budi manusia..



solat adalah salah satu wadah untuk berdoa

Rasulullah s.a.w yang bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak berdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur.” (Riwayat Tabrani)

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan menerima budi dari orang lain. Di mana sahaja lokasi dan situasi, sama ada di rumah, pejabat atau ketika susah atau senang, kita sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan sama ada kita sudi atau tidak kita harus belajar menabur budi dan juga menghargai jasa dan budi yang diberikan oleh orang lain kepada kita.

Konsep berbudi terlalu luas untuk diberikan takrifan. Skop berbudi kepada orang lain tidak hanya terikat kepada wang ringgit dan harta benda semata. Bahkan memberi sokongan, tunjuk ajar, pengajaran, sokongan dan amalan baik juga dikira sebagai budi.

Satu perbezaan yang jelas antara insan yang menabur budi dan insan yang menerima budi ialah rasa hormat, menghargai dan paling wujud rasa kesetiaan dan ingin membalas budi walaupun pada kemampuannya tidak mungkin dapat membalas kebaikan yang diterimanya.

Membalas budi sebenarnya tidak terhad untuk memberikan kebaikan yang sama atau setaraf. Contohnya satu masa kita pernah menerima bantuan kewangan ketika dalam kesusahan, tidak semestinya kita perlu membalas budi kepada mereka yang pernah memberikan kebaikan tersebut dengan bantuan kewangan juga. Seandainya tidak kemampuan dari segi itu, memadailah juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. Demikianlah kata-kata indah pepatah melayu, “orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

dipetik drp FitrahPower.com

Permusuhan Umatku Di akhir zaman..


Allah S.W.T menolak 1 daripada 3 doa Rasulullah S.A.W.

'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa :

" Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

" Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.

Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).

Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).

Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).


Saudaraku,
apa yang kita lihat pada hari ini ialah pergaduhan semasa negara Islam sendiri,
hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri,
orang kafir bertepuk tangan dari belakang.


Apakah ini yang ingin kita lihat? Apakah tindakan kita?
Tidakkah kita ingin Islam kembali gemilang seperti dahulu?
Bangkitlah wahai saudaraku, tegakkan Islam kembali megah, itu amanahmu!
Yakinlah dengan janji Allah S.W.T.






* Dipetik daripada Majalah Al-Islam

Konsert Antara Dunia




Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam

Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Dengan Kerjasama :
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Jangan lepaskan peluang adik-adik!

dikendalikan oleh Fitrah Power Consultant Berikut adalah maklumat Program Didik Fitrah:

Lokasi: Kelab Golf Danau UKM, Bandar Baru Bangi.

Tarikh: 24 Mei 2009 ( Ahad )

Peserta: Remaja berumur 13- 17 tahun

Hubungi: 03-89256725 ( Pejabat )

017-9777875 ( Asrul )

Tunggu dan lihat esok..




Esok tanggal 21 Mei 2009 bakal menggegarkan suasana politik tanah air negeri Perak Darul Ridzuan.Siapa yang bakal dinobatkan menjadi Menteri Besar Perak.Menurut sumber berita seramai 5 orang hakim akan mengendalikan kes ini di Mahkamah Rayuan.Apakah peranan pihak Istana ? Bubar Dun Perak atau sebaliknya..

Ikuti berita terkini daripada sumber-sumber yang sahih supaya anda tidak tertipu..

Pulihkan demokrasi di Perak!

UKM tersenarai 100 universiti terbaik Asia




Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul sebagai universiti tempatan kedua terbaik selepas Universiti Malaya apabila disenarai pada tangga ke-51 oleh Times Higher Education (THE). Penarafan universiti serantau yang julung kalinya dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd iaitu penyusun THE-QS World University Rankings dibuat berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti. Menurut Nunzio Quacquarelli, Pengarah urusan QS,Universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi kualiti tetapi juga produktiviti yang tinggi dalam penyelidikan. Keputusan ini memberi impak kepada UKM kerana semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar antarabangsa untuk menjadikan universiti ini sebagai universiti pilihan. QS adalah pakar maklumat terkemuka dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara.

Lirik lagu tema hari guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


YB Nizar sah MB Perak ..


Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Nizar, 52, telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Namun demikian, pada bulan Februari Nizar digugurkan sacara tidak sah sebagai Menteri Besar Perak setelah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Keadaan ini mengakibatkan Kemelut pertikaian antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Perak berlarutan hingga ke hari ini.

Dengan pengumuman hari ini yang disampaikan oleh Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuktikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang haram.

Abdul Aziz berkata Nizar adalah Menteri Besar yang sah mengikut perlembagaan dan berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

sumber www.sabahdaily.com

Ummi, Emak , Ibu , Bonda ..


Selamat hari Ibu 9 Mei 2009..
Kepada emak saya yang saya kasihi terima kasih diucapkan kerana mendidikku dan adik beradik yang lain dengan kasih sayang ..semoga panjang umur dan murah rezeki..amin..

Tiada lagi demokrasi ...





Lebih 300 FRU bersiap sedia ...tanggungjawab konon..


Speaker haram wujud pulak ?? biar betoi negara komanwel mcm ni? 1001 confuse teman..

Penyakit yang menular...bala Allah

Ini adalah di antara kriteria yang diguna pakai oleh pihak PPUKM untuk menyaring pesakit-pesakit yang mungkin dijangkiti dengan virus ini:

Kriteria A (semua):

Mempunyai simptom-simptom seperti batuk, selsema, masalah pernafasan, sakit-sakit badan dan sendi, cirit-birit atau muntah.
Demam dengan suhu melebihi 38.0ÂșC
Kriteria B (sekurang-kurangnya satu):

Perjalanan ke negara Mexico dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Perjalanan ke negara-negara yang lain yang mempunyai kes yang disahkan positif dengan virus ini dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Mempunyai contact dengan sesiapa yang baru pulang dari negara Mexico.

Berdasarkan kriteria-kriteria di atas, saya pasti ia akan menimbulkan banyak tanda tanya dan kemusykilan terutama di kalangan mereka yang sering berulang alik ke luar negara serta pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara terutamanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Jadi, di sini saya menasihatkan, para pembaca sekalian agar tidak panik. Hanya mereka yang memenuhi kriteria-kriteria di atas sahaja yang wajib disaring di hospital (dan bukannya di mana-mana klinik).

Bagi mereka yang bercadang untuk ke luar negara pula, anda tidak dihalang daripada berbuat demikian, namun adalah dinasihatkan agar tidak mengikuti mana-mana konferens antarabangsa atau perhimpunan orang ramai di dalam tempat yang tertutup. Ini adalah kerana tempat-tempat seumpama ini mudah bagi pencemaran air liur (water droplets) tersebar apabila manusia berinteraksi sesama mereka.

Penganjur-penganjur Spring Gathering, Summer Gathering hingga ke Winter Gathering, mungkin kena tambah agenda dalam mesyuarat anda!

dipetik daripada blog..UMMU SAIF @ www.ummusaif.com
68000 Ampang