Penyakit yang menular...bala Allah

Ini adalah di antara kriteria yang diguna pakai oleh pihak PPUKM untuk menyaring pesakit-pesakit yang mungkin dijangkiti dengan virus ini:

Kriteria A (semua):

Mempunyai simptom-simptom seperti batuk, selsema, masalah pernafasan, sakit-sakit badan dan sendi, cirit-birit atau muntah.
Demam dengan suhu melebihi 38.0ÂșC
Kriteria B (sekurang-kurangnya satu):

Perjalanan ke negara Mexico dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Perjalanan ke negara-negara yang lain yang mempunyai kes yang disahkan positif dengan virus ini dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Mempunyai contact dengan sesiapa yang baru pulang dari negara Mexico.

Berdasarkan kriteria-kriteria di atas, saya pasti ia akan menimbulkan banyak tanda tanya dan kemusykilan terutama di kalangan mereka yang sering berulang alik ke luar negara serta pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara terutamanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Jadi, di sini saya menasihatkan, para pembaca sekalian agar tidak panik. Hanya mereka yang memenuhi kriteria-kriteria di atas sahaja yang wajib disaring di hospital (dan bukannya di mana-mana klinik).

Bagi mereka yang bercadang untuk ke luar negara pula, anda tidak dihalang daripada berbuat demikian, namun adalah dinasihatkan agar tidak mengikuti mana-mana konferens antarabangsa atau perhimpunan orang ramai di dalam tempat yang tertutup. Ini adalah kerana tempat-tempat seumpama ini mudah bagi pencemaran air liur (water droplets) tersebar apabila manusia berinteraksi sesama mereka.

Penganjur-penganjur Spring Gathering, Summer Gathering hingga ke Winter Gathering, mungkin kena tambah agenda dalam mesyuarat anda!

dipetik daripada blog..UMMU SAIF @ www.ummusaif.com
68000 Ampang

0 Response to "Penyakit yang menular...bala Allah"