UKM tersenarai 100 universiti terbaik Asia




Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul sebagai universiti tempatan kedua terbaik selepas Universiti Malaya apabila disenarai pada tangga ke-51 oleh Times Higher Education (THE). Penarafan universiti serantau yang julung kalinya dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd iaitu penyusun THE-QS World University Rankings dibuat berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti. Menurut Nunzio Quacquarelli, Pengarah urusan QS,Universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi kualiti tetapi juga produktiviti yang tinggi dalam penyelidikan. Keputusan ini memberi impak kepada UKM kerana semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar antarabangsa untuk menjadikan universiti ini sebagai universiti pilihan. QS adalah pakar maklumat terkemuka dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara.

0 Response to "UKM tersenarai 100 universiti terbaik Asia"