YB Nizar sah MB Perak ..


Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Nizar, 52, telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Namun demikian, pada bulan Februari Nizar digugurkan sacara tidak sah sebagai Menteri Besar Perak setelah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Keadaan ini mengakibatkan Kemelut pertikaian antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Perak berlarutan hingga ke hari ini.

Dengan pengumuman hari ini yang disampaikan oleh Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuktikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang haram.

Abdul Aziz berkata Nizar adalah Menteri Besar yang sah mengikut perlembagaan dan berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

sumber www.sabahdaily.com

0 Response to "YB Nizar sah MB Perak .."