Alunan Nasyid Ramadhan Bulan Berkat



Aku teringat pula nasyid zaman budak-budak dulu.Waktu tu nasyid kumpulan NADAMURNI.Remaja Al-Arqam yang mendendangkan.Suara yang tak asing lagi seperti Almarhum Us Asri Ibrahim dan Munif Ahmad memang aku suka dengar sebab merekalah yang menjadi perintis untuk generasi nasyid seperti yang ada sekarang ini.Aku minat pada nasyid ni disebabkan Yeop juga.Yeop dalam bahasa Perak gelaran anak yang sulung.Dulu aku suka sangat dengar lagu2 yang rancak seperti lagu rap kumpulan KRU..siap pandai ikut gaya retak muzik lagi..Tetapi Yeop tak nak aku jadi budak perempuan yang tak ada nilai dalam Islam.Yeop tak nak adiknya jadi seperti remaja hari ni yang berfoya-foya ikut kawan sana sini..Terima kasih aku ucapkan pada Yeop sebab dia , aku tersedar daripada kesilapan..Maklumle budak-budak lagi mesti fikir enjoy je..La ni aku mengajak kawan-kawan lain supaya minat pada nasyid sebab nasyid ni ada mesej yang berguna..ada lagu selawat yang mana bila kita dendangkan dapat pahala..tak seperti lagu-lagu jiwang yang kita biasa dengar..Nasyid memberi ketenangan padaku seperti aku mengaji AL-QURAN BERTARANNUM..orang yang pandai mengaji memang sedap suaranya bila menyanyi..tetapi orang yang pandai menyanyi..belum tentu tau membaca Al-Quran dengan baik seperti artis-artis yang ada sekarang ni..RENUNGKAN BERSAMA..

0 Response to "Alunan Nasyid Ramadhan Bulan Berkat"