Tahniah Graduan UKM !




Tahniah aku ucapkan pada saudari Salwana bt Jusoh @ Yusof dari FAKULTI PENDIDIKAN (IJAZAH PENDIDIKAN AL-QURAN)kerana kejayaanmu kebanggan kami dalam jemaah ini..Semoga adik-adik yang masih belajar mengikuti jejak langkah kakak kita yang sorang ni..


Majlis konvokesyen yang berlangsung sehingga 19 Ogos itu menyaksikan 7,674 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing termasuk dua penerima ijazah kehormat dan lima Prof Emeritus, manakala 207 adalah graduan ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana pakar (174), ijazah sarjana (1,357), ijazah sarjana muda (5,607), diploma siswazah (251), diploma (77) dan seorang sijil.

Dua graduan menerima Anugerah Diraja iaitu Nur Najwa Hanani Abdul Rahman (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Dakwah dan Kepimpinan) dan Chrissie Lim Wen Hsien (Ijazah Sarjana Muda Undang-undang).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Adilah Zaira Abu Bakar pula menerima Anugerah Naib Canselor dan dua lagi menerima Anugerah Tun Abdul Razak, iaitu Salwana Yusoh @ Yusoff (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan al-Quran) dan Yew Su Mei (Ijazah Sarjana Muda Sains Mikrobiologi).

0 Response to "Tahniah Graduan UKM !"