Kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa ke Perak





Syeikh Mahmud Siyam (Bekas Imam Masjid Al Aqsa) dan sekarang reaktor Universiti Islam Palestin telah berkunjung ke Perak baru-baru ini. Kunjungannya adalah dalam rangka menagih simpati umat Islam Perak dan Malaysia umumnya bagi membantu perjuangan rakyat di Palestin menentang regim ganas yahudi laknatullah. Saban Ramadhan beliau akan menjelajah bumi Indonesia dan Malaysia bagi tujuan tersebut.

Menurutnya Yahudi cukup gentar dan takut dengan intifadhah rakyat Palestin yang dipimpin oleh gerakan HAMAS,Yahudi tidak kuat sebenarnya, hanya kerana di belakang mereka Amerika yang menjadi sekutunya yang paling akrab menjadikan Yahudi bebas melakukan kezaliman. Malangnya pula rakyat Palestin tidak bersatu sepenuhnya menentang Israel.

Beliau juga mahu umat Islam memboikot semua produk Yahudi dan Amerika supaya memberi kesan yang berat ke atas ekonomi Israel, beliu menyeru umat Islam meneruskan pemboikotan semua barangan keluaran Amerika dan Yahudi.

Semasa kunjungannya di Perak, beliau telah diberi penghormatan mengimami Solat Tarawikh di Masjid Negeri, dan menyampaikan ceramah Perdana di Dewan Bandararaya Ipoh dengan dihadiri lebih 1000 orang. Hampir 50 ribu ringgit berjaya dipungut pada malam itu untuk disumbangkan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Membangun Bersama Islam

Bukti Kami Bukan Penderhaka


Kami Bukan Penderhaka.Sempena bulan Ramadhan yang lalu Istana Iskandariah Kuala Kangsar meraikan majlis Iftar bersama Tuanku Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dengan Pemuda-Pemuda PAS Perak.

Ini membuktikan Raja Muda tidak melabelkan Ir Nizar Jamaluddin dan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu sebagai penderhaka..cuma Kudeta Zambry n B End sahaja yang melabelkan itu dan ini..

Sama-sama kita saksikan episod seterusnya rancangan mereka menfitnah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak..

Sampai bila mereka berkuasa..tetapi ingat Allah YG MAHA PERKASA lebih daripada segalanya

Mungkin Allah uji Pas n PR di Perak kali ini supaya mantapkan dulu hal tarbiyyah kemudian barulah disusuli dgn siasah..

Dulu orang tak kenal siapa Nizar..Sekarang 1 Malaysia tahu beliau ni siapa di mata para pejuang keadilan..

Semoga lebih ramai lagi professional muslim seperti YB Nizar muncul di Perak dan Negeri-Negeri yang lain..

Renungan di Idulfitri 1 Syawal 1430Hijrah




“Dan berikanlah kepada kerabat-kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan hak masing-masing Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pola adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Sebenarnya kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan kita yang telah berjaya menjalani ibadah puas sepanjang bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Dalam hal ini Islam menggariskan panduan tentang cara bagaimana kita merayakan hari raya agar semua yang kita lakukan menjadi ibadah. Contohnya, dalam kita menyambut malam hari raya, kita disunatkan menghidupkannya dengan memuji kebesaran Allah melaungkan kalimah-kalimah takbir, tahmid, bersolat tasbih, berdoa, berzikir dan sebagainya. Kerana itu, janganlah kita merayakan malam hari raya tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang merugikan kita lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan bahaya, kemudaratan, menganggu ketenteraman orang ramai seperti membakar mercun, berlumba di jalan raya dan sebagainya. Dan elakkan daripada membuat persiapan di saat-saat akhir sehingga larut malam yang boleh menjejaskan peluang untuk kita bersembahyang sunat hari raya.

Perlulah diketahui bahawa ada beberapa amalan sunat yang perlu dilakukan pada pagi hari raya seperti disunatkan mandi dengan niat kerana kedatangan Aidil Fitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri. Disamping itu kita disunatkan memakai bau-bauan yang harum, memakai pakaian yang baru kerana hari raya merupakan hari untuk berhias-hias. Manakala perkara yang paling penting dan utama daripada perkara-perkara sunat yang lain dalam kita menyambut hari raya ialah menunaikan sembahyang sunat hari raya sebagaimana Hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Dari al-Barra’ katanya Rasulullah SAW keluar pada hari raya Aidil Adha ke kubur Baki’ lalu Baginda solat sunat dua rakaat, kemudian Baginda mengadap ke arah kami dan bersabda: sesungguhnya yang terawal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah sembahyang.”

(Riwayat al-Bukhari)


Seterusnya kepada yang ingin pulang menyambut hari raya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara, utamakan keselamatan ketika memandu, jangan memandu mengikut perasaan, memandulah dengan mengikut peraturan dan undang-undang, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, janganlah kita cuai serta memandu dengan melebihi had laju yang dibenarkan kerana ia boleh mengundang kecelakaan dan membunuh. Sayangilah nyawa keluarga dan para pengguna jalan raya yang lain. Marilah kita berusaha untuk mengelakkan kemalangan dengan memandu secara berhemah, berdisiplin dan bertimbang rasa. Di samping sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah memohan keselamatan dan keberkatan di sepanjang perjalanan kita.

Kita doakan semoga kita diberi keberkatan dan keampunan serta dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadan akan datang.

Akhirul kalam "SALAM IDULFFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZIN"

Iftar jama'ie FTSM ..Jemput Hadir Semua




PADA TARIKH 14 SEPTEMBER BERSAMAAN 24 Ramadhan 1430 Hijrah akan diadakan Iftar Jama'ie di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.Semua kawan-kawan yang Muslim mahupun non-Muslim dijemput hadir beramai-ramai untuk berbuka puasa beramai-ramai.Semoga dengan program yang dianjurkan oleh adik-adik PERTAMA SESI 2009/2010 ini bakal menarik minat orang buka Islam untuk mendekati agama Islam melalui ikatan silaturrahim seperti ini.Pesanan buat diriku dan kawan-kawan semua rebutlah pahala yang berlipat ganda pada 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan..

Firman Allah di dalam Surah Al-Qadr:
Kami telah turunkan Al-Quran pada malam Al-Qadr,Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bulan.Pada malam itu turun malaikat dan roh Jibril dengan izin Tuhanuntuk mengatur semua urusan.Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar.


Oleh itu marilah kita bersama-sama merebut ganjaran pahala yang Allah kurniakan ini.Bulan ramadahan adalah bulan tarbiyyah untuk kita muhasabah diri di atas kealpaan kita sebelum ini.Semoga madrasah tarbiyyah di bulan yang mulia ini akan memimpin kita ke arah manusia yang lebih baik lagi.

Sebutir bintang yang telah pergi selamanya..



Masih terdengar di corong radio IKIM.fm suaranya mengalunkan zikir munajat..nasyid..dan untuk hari raya kali ini aku merindui takbir raya yang selalu dialunkan di stesen-stesen TV.Itulah suara merdu bagai puluh perindu Almarhum Us Asri Ibrahim.Pemergianmu sukar untuk dilupakan ibarat sebutir bintang di persada pentas dakwah dlm nasyid yang amat sukar dicari ganti.Moga Rohmu tenang damai di sisi Allah dan dirimu ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman..Hari ini aku terjumpa nasyid ini di grapes nasyid..Aku mengimbau semula waktu zaman kecil-kecil dahulu..Lagu ini pernah aku dengar..TUHAN MEMANGGIL AKU-NYANYIAN NADAMURNI AL-ARQAM.

Mari sertai warga UKM!