Iftar jama'ie FTSM ..Jemput Hadir Semua




PADA TARIKH 14 SEPTEMBER BERSAMAAN 24 Ramadhan 1430 Hijrah akan diadakan Iftar Jama'ie di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.Semua kawan-kawan yang Muslim mahupun non-Muslim dijemput hadir beramai-ramai untuk berbuka puasa beramai-ramai.Semoga dengan program yang dianjurkan oleh adik-adik PERTAMA SESI 2009/2010 ini bakal menarik minat orang buka Islam untuk mendekati agama Islam melalui ikatan silaturrahim seperti ini.Pesanan buat diriku dan kawan-kawan semua rebutlah pahala yang berlipat ganda pada 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan..

Firman Allah di dalam Surah Al-Qadr:
Kami telah turunkan Al-Quran pada malam Al-Qadr,Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bulan.Pada malam itu turun malaikat dan roh Jibril dengan izin Tuhanuntuk mengatur semua urusan.Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar.


Oleh itu marilah kita bersama-sama merebut ganjaran pahala yang Allah kurniakan ini.Bulan ramadahan adalah bulan tarbiyyah untuk kita muhasabah diri di atas kealpaan kita sebelum ini.Semoga madrasah tarbiyyah di bulan yang mulia ini akan memimpin kita ke arah manusia yang lebih baik lagi.

0 Response to "Iftar jama'ie FTSM ..Jemput Hadir Semua"