Tarbiah Dan Harakiah Suatu Kesinambungan



Firman Allah SWT dalam surah As-Soff, ayat 14:

Dalam arus kebangkitan Islam abad ke- 20 , angkatan Muslimin telah bersatu cita-cita dan matlamat menggemblengkan
tenaga untuk mengembalikan Umat Islam kepada siratulmustaqim berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tetapi amat
malang sekali, jalan dan cara yang berbeza untuk merealisasikannya gagal untuk mencapai matlamat hakiki harakah
Islamiah kerana menumpukan kepada aspek- aspek tertentu sahaja , contohnya: golongan tasauf,golongan salafiah dan
golongan yang berjihad dan berkerja melalui lissan dan tulisan tetapi meninggalkan jurusan yang lain.

Akhirnya mereka lupa membentuk angkatan pelopor yang beriman sebagai asas binaan daulah Islamiah dan tanzim
haraki untuk bakal pendokong dakwah yang meneruskan perjuangan hingga sampai ke matlamatnya.


Maka hiduplah mereka sebagai panglima tanpa angkatan tentera yang teratur dan tersusun , apabila mereka telah tiada
tinggalah pengikut mereka tanpa panglima dan pemimpinnya.Akibatnya ,terhentilah mereka tanpa pewaris penerus
perjuangan .


Jesteru itulah kesinambungan tarbiah dan harakiah adalah suatu kemestian berdasarkan matlamat dan cara yang sahih
demi meneruskan risalah Ilahi sebagai satu tuntutan yang wajib dilaksanakan.

TARBIYAH : Suatu uslub yang terbaik yang mampu berenteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan samada dalam
bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah
manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.


Secara umumnya tarbiyah adalah usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah S.W.T secara sempurna.
Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.


HARAKAH ISLAMIYAH : Satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan
Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali
daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.


Secara umumnya harakah adalah jamaah yang teratur mempunyai matlamat dan manhaj yang tertentu.


MATLAMAT

Tarbiyah harakiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri:

a)Matlamat khusus


-Melahirkan individu muslim

-Membina keluarga islam

-Membentuk masyarakat islam

-Menegakkan negara islam

-Menyatukan semula ummah islamiyah


b)Matlamat Umum antaranya :

-Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa
-Mempelopori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar

CF*E .J1 'E) '.1,* DDF'3 *# E1HF ('DE91HA H*FGHF 9F 'DEFC1 H*$EFHF ('DDG

-Menyampaikan risalah Islam kepada alam seluruhnya

HC0DC ,9DF'CE 'E) H37' D*CHF 4G/'! 9DJ 'DF'3 HJCHF 'D13HD 4GJ/'


-Menghapuskan kuasa kuffar diatas muka bumi ini


HB' *DHGE -*J D' *CHF A*F) HJCHF 'D/JF CDG DDG A'F 'F*GH' A'F 'DDG (E' J9EDHF (5J1

Ini adalah matlamat asas kepada tarbiyah harakiyah. Disana terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah
mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

0 Response to "Tarbiah Dan Harakiah Suatu Kesinambungan"