SAAT CINTA BERTASBIH





Sambil berjalan-jalan ke shopping complex atau singgah di book store ke atau ke kedai buku-buku agama ke jangan lupa membelek buku berjudul "SAAT CINTA BERTASBIH TRIBUT UNTUK TUAN GURU". Lagipun rakan-rakan seperjuangan di UKM ada yang dah habis menjawab soalan peperiksaan.Adalah lebih molek jika masa senggang yang ada selama sebulan ini diisi dengan bacaan ilmiah yang mana anda akan mengkaji tokoh pemimpin yang tidak asing lagi di negeri Serambi Mekah ini.Tapi judul buku ini sama pulak dengan novel yang tengah meletup di pawagam baru-baru ni.Ketika Cinta Bertasbih hasil karya Novelis Muda Habiburrahman El-Shirazy.Cuma perkataan 'saat ' dan 'ketika' bezakan.Novel yang satu ni kisah lain..Buku yang saya syorkan ini kisah episod perjuangan seorang tokoh gerakan Islam di Malaysia.
Bagi yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni mesti sinonim dengan tokoh ini.Bagi rakan-rakan di negeri lain apa kata membeli buku ini atau hadiahkan buku ini untuk hari lahir sahabat -sahabat kita.

Serba sedikit mengenai buku ini :
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)Mukasurat = 193Penulis = Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif & RossemPenerbit = Jundi Resources
Buku ini merupakan penghargaan kami kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS yang kami cintai, semenjak masa muda beliau sehingga sekarang berhempas pulas berjuang untuk mewajahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat negara ini yang telah jauh meninggalkan agama akibat penjajahan dan juga pengisian kemerdekaan oleh parti pemerintah yang tidak meletakkan Islam sebagai agama yang berdaulat dengan pakejnya yang terdiri di atas aqidah, syariah dan dakwah. Tuan Guru seorang tokoh yang tidak berhenti untuk mendidik dan mentarjih masyarakat untuk menjadi subur jiwa dengan haruman ketaqwaan. Hujan, panas, kekangan masa serta kepenatan diri tidak menjadi alasan untuk beliau berhenti mengajar dan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Beliau telah menjadi milik masyarakat dan negara bahkan menjadi simbol kepada rakyat tertindas di negara ini.
- Penulis

Kenalilah Dia

book data
2 ratings, 4.00 average rating, 1 review
(more data...)
[x]
book data
all editions
2 ratings, 4.00 average rating, 1 review
rating
frequency
%
5

0%
4

100%
3

0%
2

0%
1

0%
edit
published
June 2009 by Anbakri Publika
details
Paperback, 175 pages
url
http://www.anbakri.com
setting
Malaysia
isbn13
9789675249143
description
Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan islam terkini – menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Kami berpuashati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih timah yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor RAKSASA di Putrajaya. Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup real oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang. Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian sama ada ia adalah tuah atau tragedi. Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.

Episod tragedi yang tidak dapat kulupakan saat-saat rampasan kuasa secara haram dan memalukan sistem perundangan di Malaysia ini.Di ruangan yang ada ini saya syorkan kepada peminat-peminat politik tanah air untuk membaca dan menilai serta berfikir secara kreatif dan kritis apa yang tersirat dan apa yang tersurat di sebalik kemelut politik yang melanda negeri Perak Darul Ridzuan.Kalau top up boleh beli ..masakan buku ilmiah seperti ini tidak mampu dimiliki.Tepuk dada tanya diri "nak atau tak nak beli".Kalau bukan orang politik pun tolong ambil tahu juga masalah ini sebab dalam Islam politik dan agama tidak boleh dipisahkan sama sekali.Sejarah membuktikan Nabi Muhammad juga menggunakan piagam Madinah untuk menyatukan semua kabilah yang duduk di Madinah ketika itu.Politik Islam ketika itu adalah kumpulan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah sendiri manakala kumpulan musyrikin Makkah dipimpin oleh 3 Abu.Abu Lahab,Abu Jahal dan Abu Sufian.Dengan kuasa dan kekuatan tentera muslimin akhirnya Nabi sendiri dapat menawan dan membuka Makkah (fathu Makkah)pada tahun ke-8 Hijrah.Pemimpinan yang dibawa oleh nabi ialah Qudwah Hasanah.Justeru itu fikir-fikirkan dan renung-renungkan sirah nabawiyyah ini dan kaitkan dengan peristiwa yang terjadi di Perak.Siapa yang patut dan layak bergelar pemimpin bagi rakyat PERAK..

Ku berharap semoga DUN PERAK AKAN dibubarkan selepas keputusan mahkamah tinggi yang ditangguhkan pada 5 NOv lepas.Moga proses kehakiman diadakan secara telus dan kebal supaya imej Malaysia sebagai sebuah demokrasi tidak dipersoalkan oleh negara luar.Malu ma..

ipoh mali tatak sombong..itulah kata-kata rakyat berketurunan Tiong Hua di Perak tanah kelahiranku..Perak negeri bertuah.PERAK NO 1 kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang layak memerintah 9 daerah di negeri ini.

Mahasiswa UKM Perlu Menilai dan Berfikir


Seperti yang sedia maklum mahasiswa yang dilahirkan di universiti perlu berfikiran bijak dan matang dalam menentukan hala tuju dan falsafah universiti seterusnya falsafah pendidikan tercapai dan terlaksana.Setiap tahun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, banyak pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang bakal melahirkan ribuan graduan yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik semata-mata bahkan dari sudut kepimpinan juga dinilai.Sebagai seorang mahasiswi dan juga aktivis pelajar di universiti saya sukacitanya mengajak dan mengalu-alukan kawan-kawan semua supaya bijak dan matang dalam memilih kepimpinan pelajar pada Sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan diadakan pada semester hadapan.Politik yang diutamakan adalah politik nilai bukannya politik kotor dan penuh tipu daya serta muslihat.Kita yang dianugerahkan nikmat akal berfungsi untuk berfikir dengan matang dan bijak bukannya seperti zaman keanak-anakan yang lampau.Apabila masuk ke universiti cara dan pemikiran kita mesti seiring dengan usia bukannya zaman sekolah yang hanya tahu mengikut arahan guru itu dan ini.Sekolah suasana lain berbanding IPT yang mana di sini anda perlu mengoptimumkan masa yang ada untuk mengejar cita-cita di samping tidak lupa tanggungjawab untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini melalui kepimpinan mahasiswa yang dipilih serta mampu menguruskan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan profesional.Inilah yang digelar mahasiswa kelas pertama.Bukan sahaja pandai menjawab soalan peperiksaan di atas kertas bahkan mampu menonjolkan bakat kepimpinan yang ada dengan mewakili suara semua pelajar.Selama 10 bulan selepas pilihanraya kampus bulan januari yang lepas, anda yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi di kampus Varsiti Kita ini boleh menilai sendiri siapa yang bekerja dan siapa yang berpeluk tubuh atau tidak ambil kisah kebajikan kawan-kawan yang bersusah payah memilihnya menjadi salah seorang berjawatan 'Majlis Perwakilan Pelajar'


Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya
Di antaranya:
Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri.
Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya."

Kepimpinan menjadi tauladan adalah pokok utama dalam memilih pemimpin kerana di akhrat nanti pemimpin akan di soal kepadanya tanggungjawabnya kepada anak-anak buah jagaannya..Bukan satu tugas yang mudah bergelar pemimpin.Islam menitikberatkan tanggungjawab yang berat yang bakal dipikul oleh seorang yang bergelar ketua atau pemimpin ibarat kaki kanan di syurga kaki kiri di neraka.Oleh itu nilailah dan pilihlah yang terbaik untuk masa hadapan UKM yang kita sayangi ini.

Panggilan Haji Tiba Lagi




Panggilan Haji Telah Tiba Lagi.
Memulakan Ibadat Panggilan Baitullah
Tanah Suci Mekah
Hiya Makkatul Mukarramah..

~ nasyid nyanyian Nur Asiah Jamil bertajuk Panggilan Kaabah

Kepada semua bakal jemaah haji pada tahun ini SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR DI SISI ALLAH

Kepada mak dan abahku yang bakal berlepas ke tanah suci 18hb November ini anakmu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kedua insan yang sangat aku kasihi ini.
Kalau ada rezeki memang nak pergi haji waktu usia muda belia ni..tapi mungkin Allah beri di kesempatan yang lain.InsyaAllah..
Semoga diri ini berkesempatan menjadi tetamu Allah di lain masa.

Pendidik dan Pendakwah


"Diam!" aku meninggikan sedikit suara memberi amaran kepada murid-murid Kelas 2 Ibrahim supaya tidak bising semasa aku mahu memulakan pelajaran Sirah Nabawiyyah di kelas mereka.Kesabaranku tercabar melihat gelagat anak-anak muridku yang nakalnya boleh tahan le jugak tak kira lelaki mahupun perempuan.Sama je..Berbeza dengan zaman aku dahulu.Tiba-tiba salah seorang daripada mereka mencelah "Muallimah (guru perempuan dalam bahasa Arab) , macam mane saya nak diam ,Muallimah pun bising" katanya.Kepalaku bertanda soal..menahan geram pun ada..nak tergelak pun ada..mahu rasa nak dukung je anak murid aku yang sorang ni..
Itulah serba sedikit pengalaman yang aku timba walaupun cuma 3 hari menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah..tetapi pengalaman yang sedikit itu memberi pengajaran yang terpahat kukuh di ingatanku..Rindu pulak rasanya nak jumpa budak-budak comel ni..
Tugas seorang pendidik bukan semudah yang disangka walaupun pulang kerja awal berbanding orang yang bekerja di pejabat.persediaan dari sudut emosi,psikologi,kemahiran mendidik dan mengajar amat penting untuk melahirkan generasi pewaris bangsa masa hadapan.Mendidik anak bangsa tugas yang mulia..walaupun aku tak terfikir pun nak jadi cikgu walaupun aku tahu aku berminat bidang lain.Tetapi hatiku mahu mencuba sesuatu yang baru untuk diri ini belajar sesuatu yang berguna dan bermanfaat.

Firman Allah s.w.t
"Wahai Nabi,Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kpd org2) yg beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).Dan sebagai pendakwah (penyeru umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dgn taufiq yang diberinya,dan sebagai lampu yang menerangi" Surah al-Ahzab 45:46)


Nabi Muhammad selain sebagai Rasul di dalam rumah tangga sebagai Ketua keluarga ,di masjid sebagai Imam ,dalam peperangan sebagai Panglima perang.Baginda juga sebagai Murabbi atau Pendidik dalam usaha mendidik dan mengasuh ummah
Sabda Baginda s.a.w:
"Sesungguhnya aku diutus sebagai guru."

TEMA DAKWAH NABI S.A.W
Dakwah nabi MENYERU KE JALAN ALLAH,MENYEMBAH HANYA KEPADANYA DAN TIDAK KEPADA YANG LAIN.DI SAMPING MENYURUH YANG MA'RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR.

Antara faktor yang menyebabkan kejayaan besar usaha dakwah baginda dan tarbiah(pendidikan) yang dijalankan oleh Rasulullah ialah kerana prinsip perjuangan baginda yang benar dan suci,baginda membawa Islam , agama samawi terakhir yang paling lengkap
dan sempurna untuk menjadi pedoman hidup terbaik umat manusia.Sifat-sifat utama seperti SIDIQ (benar) AMANAH , TABLIQH , FATONAH (cerdik dan bijaksana).Peubahan besar itu dilakukan dalam tempoh yang amat singkat iaitu tidak lebih daripada 23 tahun.Hal ini amat mengkagumkan para pengkaji sejarah dunia.
Sebagai pendakwah dan pendidik kita mesti mencontohi sifat-sifat yang diajarkan oleh Rasul kepada kita.Selain 4 faktor yang disebutkan di atas, baginda juga mempunyai perancangan yang rapi dan halus dalam perlaksanaan dakwah yang berpanjangan.Justeru dalam menyampaikan dakwah Nabi selalu menyesuaikan diri dengan klien (mad'u) supaya pengajaran mudah diterima.
"Berbicaralah kepada manusia menurut keadaan (kecerdasan) mereka masing-masing" Riwayat Muslim
Menggalakkan Membaca
Membaca adalah sumber terpenting untuk mendapatkan ilmu secara berkesan.Nabi mengambil masa yang sedikit selama 23 tahun,sedangkan dakwah Nabi2 lain beratus-ratus tahun.Itupun kejayaannnya tidak sebesar kejayaan dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Kitab suci Al-Quran ertinya Bacaan .Oleh itu kaum muslimin dan muslimat perlu rajin membacanya setiap hari.
Bersifat pemaafNabi sentiasa berlapang dada , tenang dan bersedia memberi maaf walupun baginda dikasari oleh musuh
Membalas kejahatan dengan kebaikan
"Hubungkanlah (kasih sayang) terhadap orang yang memutuskan hubungan terhadap dirimu,berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat kepadamu,dan katakanlah benar sekalipun mengenai dirimu."(Riwayat ibnu al-Najjar)