Mahasiswa UKM Perlu Menilai dan Berfikir


Seperti yang sedia maklum mahasiswa yang dilahirkan di universiti perlu berfikiran bijak dan matang dalam menentukan hala tuju dan falsafah universiti seterusnya falsafah pendidikan tercapai dan terlaksana.Setiap tahun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, banyak pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang bakal melahirkan ribuan graduan yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik semata-mata bahkan dari sudut kepimpinan juga dinilai.Sebagai seorang mahasiswi dan juga aktivis pelajar di universiti saya sukacitanya mengajak dan mengalu-alukan kawan-kawan semua supaya bijak dan matang dalam memilih kepimpinan pelajar pada Sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan diadakan pada semester hadapan.Politik yang diutamakan adalah politik nilai bukannya politik kotor dan penuh tipu daya serta muslihat.Kita yang dianugerahkan nikmat akal berfungsi untuk berfikir dengan matang dan bijak bukannya seperti zaman keanak-anakan yang lampau.Apabila masuk ke universiti cara dan pemikiran kita mesti seiring dengan usia bukannya zaman sekolah yang hanya tahu mengikut arahan guru itu dan ini.Sekolah suasana lain berbanding IPT yang mana di sini anda perlu mengoptimumkan masa yang ada untuk mengejar cita-cita di samping tidak lupa tanggungjawab untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini melalui kepimpinan mahasiswa yang dipilih serta mampu menguruskan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan profesional.Inilah yang digelar mahasiswa kelas pertama.Bukan sahaja pandai menjawab soalan peperiksaan di atas kertas bahkan mampu menonjolkan bakat kepimpinan yang ada dengan mewakili suara semua pelajar.Selama 10 bulan selepas pilihanraya kampus bulan januari yang lepas, anda yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi di kampus Varsiti Kita ini boleh menilai sendiri siapa yang bekerja dan siapa yang berpeluk tubuh atau tidak ambil kisah kebajikan kawan-kawan yang bersusah payah memilihnya menjadi salah seorang berjawatan 'Majlis Perwakilan Pelajar'


Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya
Di antaranya:
Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri.
Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya."

Kepimpinan menjadi tauladan adalah pokok utama dalam memilih pemimpin kerana di akhrat nanti pemimpin akan di soal kepadanya tanggungjawabnya kepada anak-anak buah jagaannya..Bukan satu tugas yang mudah bergelar pemimpin.Islam menitikberatkan tanggungjawab yang berat yang bakal dipikul oleh seorang yang bergelar ketua atau pemimpin ibarat kaki kanan di syurga kaki kiri di neraka.Oleh itu nilailah dan pilihlah yang terbaik untuk masa hadapan UKM yang kita sayangi ini.

0 Response to "Mahasiswa UKM Perlu Menilai dan Berfikir"