Halwa Telinga..


Baru bulan lepas baru aku tahu dan kenal penyanyi dari Lubnan (Maher Zain) ini.Kebetulan seorang sahabatku mengetag salah satu video maher zain ini di facebook aku..Album yang berjaya menempa namanya di persada seni ialah Album "Thank You Allah".Kalau dengar sekali pasti nak dengar banyak kali la.
Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh penyanyi tersohor ini ialah:
InshaAllah;
Palestin Will Be Free;
Thank You Allah;
Awaken;
Barakallah Allahu Lakuma;
jangan lupa join Facebook Maher Zain di
Sebelum terlambat aku ingin mengucapkan Baraka Allahu Lakuma kepada sahabat di zaman sekolah menengahku ..Puan Intan Solehah bt Abdul Samad..Selamat Pengantin Baru dan berkekalan hingga ke hujung usia.
Lagu ini ditujukan khas istimewa untuk Intan Solehah & Meor Shazril
Walimah 14 MAC 2010 yang lalu..maaf tak dapat hadiri..
BARAKA ALLAHU LAKUMA
We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Do’a

Like the Prophet taught us

And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما
وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما
وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah

Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life

With happiness and blessings
And grants your kids who make your home

Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Do’a

Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say


بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله

بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهماالله أدم حبهم
االله
صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطاناعلى سنة نبينا


Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير






Penawar Bagi Hati



(Quran sebagai syifa')

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh
Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat
kesembuhan (Ayatul Syifa') yang membentangkan pelbagai pengajaran
penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat
yang dimaksudkan ialah seperti berikut:
1. Surah at-Taubah: 14:
http://www.darussyifa.org/images/AtTaubah14.gif
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan
(perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan
menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang
beriman.
2. Surah Yunus: 57:
http://www.darussyifa.org/images/Yunus57.gif
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu
dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan
petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
3. Surah an-Nahl: 69:
http://www.darussyifa.org/images/an-Nahl69.gif
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan
Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar
minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat
yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang
memikirkan.
4. Surah al-Isra': 82:
http://www.darussyifa.org/images/al-Isra82.gif
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada
orang-orang yang zalim selain kerugian.
5. Surah asy-Syu'ara': 80:
http://www.darussyifa.org/images/asy-Syuara80.gif
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,
6. Surah Fussilat: 44:
http://www.darussyifa.org/images/Fussila44.gif
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain
Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan
ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul
adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan
penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada
telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi
mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang
jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi
petunjuk bagi mereka.
Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan
Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw,
seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Hasyr:7).
http://www.darussyifa.org/images/al-Hasyr7.gif
Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya
(dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah
untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan
beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang
diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya
bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Amat keras hukumannya.
Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah saw. ada
berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.
Baginda bersabda:
http://www.darussyifa.org/images/HadithMs31a.gif
Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan
madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah.
Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya,
Rasulullah saw. ada bersabda:
http://www.darussyifa.org/images/HadithMs31b.gif
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap
penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan
berubat dengan benda yang haram.
Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang
berbunyi:
http://www.darussyifa.org/images/HadithMs32.gif
Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit
kecuali Allah menyedia-kan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu
tua.
Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri
daripada pelbagai penyakit, memelihara kesihatan jasad juga roh. Dalam
surah al-Maa-idah: 6:
http://www.darussyifa.org/images/al-Maaidah6.gif
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat,
Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah
kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu
junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit[*2] atau dalam perjalanan atau
kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh[*3] perempuan, lalu
kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik
(bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak
hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan
menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.
[*2] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.
[*3] Artinya: menyentuh. menurut jumhur Ialah: menyentuh sedang sebagian
mufassirin Ialah: menyetubuhi.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang yang beriman yang hendak
mendirikan sembahyang agar membasuh muka dan tangan hingga ke siku,
menyapu rambut dan kedua belah kaki hingga ke buku lali. Sesungguhnya
wuduk yang dilakukan itu berupaya memelihara jasad, menjaga kulit
daripada objek najis yang terdapat pada-nya. Membersihkan tanah, debu,
kotoran-kotoran dan kuman yang mengotorkan tangan. Begitu juga dengan
amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak untuk
memelihara gigi dan alat peng-hadam makanan,
Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri
(al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan
kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah juga mencergaskan
fungsi sendi otot dan urat saraf.
Di samping membersihkan anggota zahir, sembahyang merupakan tuntutan
menyucikan batin. Mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil
yang ber-panjangan juga kemungkaran dosa-dosa besar. Akan lahir daripada
ibadah tersebut semulia-mulia akhlak dalam diri. Dengan sembahyang jiwa
menjadi tenang. Ketenangan merupakan asas kesejahteraan individu.
Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar berpuasa untuk melahirkan rasa
takwa. Berpuasa secara tidak langsung memberi kerehatan pada seluruh
organ peng-hadaman, menyebabkan puasa sekarang ini merupakan satu kaedah
terbaru, yang diterima umum untuk mengu-bat penyakit dalam perut, radang
paru-paru, sakit sendi juga lain-lain penyakit serius.
Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah se-seorang memakan makanan
yang memberi mudarat seperti bangkai, babi dan sebagainya, juga melarang
zina kerana ia merosakkan diri dan masyarakat. Rasulullah saw. juga
memberi amaran agar jangan memasukkan makanan ke dalam makanan (menambah
makanan sebelum makanan di mulut hancur terkunyah), memberi amaran
tentang bahaya taun dan kusta dan menggesa orang yang sakit agar
berubat. Baginda juga menegah seseorang membuang air kecil di air yang
berlari.
Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu faktor utama kesihatan
yang berterusan. Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan
makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan yang banyak selepas makan
juga tidak baik.
Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan dan minuman ditutup
dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh padanya binatang yang
beracun, yang boleh membunuh pemakan atau peminumnya.
Allah s.w.t. menegah seseorang makan atau minum berlebihan (A1-A'raaf:
31),
http://www.darussyifa.org/images/al-Aaraf31.gif
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki)
mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5].
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf
keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.
[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan
jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.
Al-Ustaz Marzuq (1989: 28) menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu
ingin hidup terhindar daripada penyakit, mereka hendaklah makan dalam
keadaan sederhana, Punca penyakit ialah makanan yang berlebihan.
Sayidina Umar ada berkata:
http://www.darussyifa.org/images/HadithMs34a.gif
http://www.darussyifa.org/images/HadithMs34b.gif
Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi
penyakit, me-nyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga
makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada
berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk -
Riwayat Abu Naim.
Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:
http://www.darussyifa.org/images/HadithMs34c.gif
Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam
tujuh perut - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Hadis yang mulia ini mengandungi rahsia kesihatan yang besar. Orang
yang sedikit makan, sedikit minumnya. Orang yang sedikit minumnya,
kurang tidurnya. Daripada orang yang kurang tidur akan lahir keberkatan
pada umurnya. Sebaliknya orang yang penuh perutnya, banyak minumnya,
menyebabkannya banyak tidur. Orang yang banyak tidur kurang keberkatan
umurnya.
Orang yang mengambil makanan berpatutan sejahtera alat penghadaman
tubuhnya. Menyebabkan tubuh dan hatinya dalam keadaan baik. Sebaliknya
orang yang banyak makan alat penghadamannya akan lemah, penat bekerja
dan berkemungkinan akan rosak, menyebabkan rosak seluruh jasad, keras
hatinya, pendengarannya lambat menerima hakikat, menyebabkan seluruh
panca-inderanya sukar tunduk taat kepada perintah Allah, untuk patuh
melakukan sesuatu yang baik.

(Petikan dari Buku Doa & Rawatan Penyakit oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron
Din)