BUAT SEHABIS BAIK


Zaman muda remaja datang sekali sahaja..Maka rebutlah peluang yang ada dengan sebaiknya.Aku masih teringat lagu pengakap..antara liriknya :

KAMI AHLI PENGAKAP MUDA..BUAT SEHABIS BAIK..


Sebenarnya semua pelajar boleh berjaya jika punya kemahuan yang tinggi. Kemahuan yang tinggi pula wujud apabila seseorang itu punya cukup sebab untuk merealisasikan sesuatu matlamat. Malangnya, kebanyakan pelajar tidak pernah memikirkan semua ini. Mereka hanya lakukan dan menyelesaikan rutin harian mereka sebagai seorang pelajar. Malah ramai pula yang tidak memikirkan langsung rutin harian yang perlu mereka lakukan. Ramai yang terikut-ikut dibawa arus kehidupan.


Cuba lihat apakah yang dihanyutkan oleh arus sungai yang mengalir? Semuanya hanyalah sampah, bangkai, tunggul kayu mati, najis dan sebagainya. Ikan-ikan yang hidup semuanya menongkah arus. Jadi kalau kita sekadar mengikut arus begitulah juga pengakhiran hidup kita. Menjadi manusia yang mati sebelum masanya. Sebab itulah, dalam usaha mencapai kecemerlangan para pelajar perlu lakukan sehabis baik. Buat sehabis baik ketika mengulangkaji pelajaran, bermain, berpersatuan, bergaul dan sebagainya. Apabila anda buat sehabis baik maka anda sebenarnya menggilap permata dalam diri menjadi permata yang berharga. Masanya pasti tiba satu hari nanti anda menikmati hasil dari setiap usaha anda itu.
Ayuh, usah banyak berfikir lagi.. lakukan sahaja sehabis baik dan serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa.


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR KEPADA SELURUH SAHABAT-SAHABAT UKM..

SEMOGA KEJAYAAN DI GENGGAMAN..


lagu ini khas untuk sahabat-sahabat semua hayatilah bersama ~


Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-ragu

Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan

Kau hampiri kegagalan

Jika kau fikirkan kemenangan

Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan

Terkandung dalam pemikiran

Kau fikir boleh melakukan

Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan

Tabah apa kau usahakan

Bertindak atas kemampuan

Engkau boleh


petikan artikel motivasi alihan pelajar

DR Tengku Asmadi~