LILIN SANG MURABBI


Esok semua para pendidik di seluruh ceruk pedalaman,bandar metropolitan dan sebagainya bakal menyembut hari yang penuh kegembiraan bersama-sama anak-anak murid yang dikasihi.Tarikh keramat 16 Mei tetap segar di ingatanku walaupun diriku bukan lagi bergelar seorang pelajar lagi. Tetapi aku pernah mengalami pengalaman bergelar seorang guru selama 2 bulan lebih sebelum melanjutkan pengajianku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bagiku waktu yang sedikit singkat mengajarku erti jerih perih , suka duka seorang bergelar guru atau pendidik..

TAHUN 2006 BULAN JUN..
Sudah masuk 4 tahun peristiwa sedih itu sudah berlalu. Setiap kali hari guru , aku mesti teringat Sang Murabbiku yang sudah kembali ke rahmatullah..Aku berdoa semoga insan yang amat aku kasihi dan hormati ini aman dan tenteram rohnya di sana dan dimasukkan ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Sms berita yang memeranjatku kuterima daripada sahabatku. Aku sangat-sangat terkejut berbaur sedih selepas membaca sms itu. USTAZ RAMLI BASARUDDIN TELAH MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR PADA PETANG ITU setelah diserang strok secara mengejut. Aku termenung seketika dan air mataku meleleh membasahi pipi. Baru semalam aku bertembung dengan almarhum Ustaz Ramli di bilik guru. Petang ni aku mendapat berita beliau sudah kembali kerahmatullah. Aku mengirimkan pesanan sms kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bersama-sama menghadiri upacara pengkebumian almarhum ustaz pada keesokan harinya.. Sepanjang aku menjadi anak murid kepada almarhum Ustaz Ramli aku sangat-sangat bersyukur dipertemukan dengan almarhum kerana ilmunya terlampau banyak.tak silap aku almarhum memiliki 2 ijazah sekali. Hebat betul almarhum. Almarhum seorang yang boleh di title "murabbi". ibarat ayahanda, guru dan kawan.Sesiapa yang pernah menjadi anak muridnya pasti tak kering gusi tertawa dan tersenyum dengan lawak secara spontan ustaz ketika menyampaikan ilmu. Aku seronok mendengar dan mempelajari sirah menggunakan kitab sirah nabawiyyah buku I'dadi semasa di tingkatan 1S. Pernah satu hari aku terlampau mengantuk sehingga tersengguk, almarhum ustaz telah menghampiriku untuk mengejutkan diriku yang terlena , oh Ya Allah aku rasai semuanya sungguh indah kenangan itu. Sukar dilupakan.Almarhum seorang yang zuhud, penyabar dan peramah. Almarhum sanggup berhabis duit membelikan kitab-kitab untuk para pelajar STAM mempelajari ilmu walaupun beliau sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak. Sebab beliau mahu anak-anak muridnya menjadi terpelajar dan terdidik dengan ilmu agama secara luas.

Pada hari pengkebumiannya..ramai sungguh anak-anak muridnya hadir untuk mengucapkan selamat pergi rohnya bertemu Ilahi. Solat Jenazah dilakukan di rumah beliau sendiri dan di surau berdekatan. Hujan renyai-renyai mengiringi jenazah almarhum ustaz ketika di semadikan ditanah perkuburan.

Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”.

Kutitipkan lagu ini buat ALMARHUM USTAZ RAMLI BASARUDDIN

DIKEHENINGAN MALAM
KEHENINGAN
MENGGAMIT JIWAMU PULANG
MENGADAP TUHAN YANG MAHA ESA
TANPA PAMITAN PADA DIRI INI
KINI BARU KUTERASA
KEHILANGANMU
MENYENTUH JIWA INI
KEKASYAFAN PANDANGANMU
SUNYI KINI TANPA PAMITAN
NASIHAT DAN TEGURAN
KAU CURAHKAN ILMU
PADA WARGA DI BUMI INI
KAU BERIKAN CAHAYA
YANG MENYINARI HATI-HATI KAMI
WALAUPUN DITIMPA
UJIAN MENDATANG
KAU TETAP TABAH
MEREDAH SEGALA
KURAFAKKAN DOA
BUAT DIRIMU
YANG KUKASIHI
KUDOAKAN DIRIMU
BERADA BERSAMA ANBIYA' DAN SOLIHIN
WALAUPUN KAU PERGI
SERASA TETAP BERSAMA DALAM JIWAKU ..BERSEMADI

Semoga rohmu bersama-sama para anbiya' dan solihin.Amin Ya Rabbal A'lamin Kepada Sahabat-sahabat yang kukasihi terutama bekas-bekas penuntut Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Izzuddin Shah yang mengenali almarhum ustaz jika anda pernah belajar bersama-sama dengan "murabbi" panjang lebarkan ilmu yang telah almarhum sampaikan kepada kita dan manfaat serta amalkan sebagai panduan dan pedoman kita dalam meniti hidup di dunia yang fana ini.

0 Response to "LILIN SANG MURABBI"