Muhasabah Ramadhan




Ya Allah berilah kesempatan kepada kami untuk berada dalam bulan mulia ini,
Ya Allah berilah kepada kami segala keberkatan dalam bulan yang mulia ini,
Ya Allah terimalah amalan kami, permudahkan kami untuk beramal
Ya Allah baiki akhlak dan sikap kami agar terhias pada diri kami akhlak Islam

Ya Allah terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini.
Ampunkanlah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu.
Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini.
Kami sedar sabda RasulMu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan,
Engkau haramkan dari api neraka.Oleh itu kami memohon sepenuh hati
semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka
Amin.....

0 Response to "Muhasabah Ramadhan"