Interaksi Bersama Non-Muslim

SESUNGGUHNYA ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARIPADA PELBAGAI BANGSA , KAUM, PUAK DAN SUKU UNTUK SALING MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN.

Oleh sebab itu, Islam tidak menegah umatnya berbuat baik kepada golongan non-Muslim untuk memberikan penerangan berkenaan Islam dan seterusnya untuk menarik mereka mendekati Islam.Ketika hayat baginda, antara amalan yang dilakukan oleh baginda adalah:
1. Menziarahi Jiran yang Sakit
2. Membalas Ucapan Yang Kesat dengan Ucapan Yang Baik
3.Berdiri Menghormati Jenazah


MENDAPATKAN BANTUAN NON-MUSLIM DALAM MISI PENTING

Kisah 1: Rasulullah s.a.w dan Abdullah bin Uraiqit
ketika misi hijrah ke Madinah, baginda s.a.w. meminta bantuan seorang Yahudi yang mempunyai kemahiran tinggi dalam selok-belok jalan yang selamat boleh dilalui(jalan yang pendek bukan jalan biasa yang dilalui oleh kebanyakan orang) tetapi sukar dikesan jejaknya.Orang yang dimaksudkan ialah Abdullah bin Uraiqit

Kisah 2: Rasulullah s.a.w dan Safwan bin Umayyah
menurut Anas bin Malik, Safwan bin Umayyah (pada ketika itu belum memeluk Islam) pernah berperang bersama nabi dalam peperangan Hunain di mana beliau telah meminjamkan baju besi kepada Rasulullah s.a.w (Riwayat Abu Daud no.8562)

Kisah 3: Rasulullah s.a.w dan pembesar negara yang berlainan agama
Rasulullah s.a.w pernah mengutuskan Hatib bin Abi Balta'ah al-Lakhmi untuk menyampaikan surat kepada Maharaja al-Muqauqis, Raja Iskandariah dan Maharaja Qibti supaya menerima Islam sebagai satu cara hidup. Walaupun tidak memeluk Islam, baginda tidak pula menolak beberapa hadiah yang diberikan oleh mereka. (Ibn Kathir, al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 5, hlm.340)

Pengajaran:
- tiada masalah orang Islam bersahabat dengan non-Muslim dan mendapatkan bantuan daripada mereka namun dengan beberapa syarat:
untuk membangunkan negara dan masyarakat
untuk kebaikan semua pihak Muslim dan non-Muslim
tidak melibatkan aqidah (simbol agama masing-masing)
non-muslim mesti berniat baik terhadap Islam sekiranya mahu menghulurkan bantuan
-mendapatkan pandangan
orang Islam boleh saling memberi dan menerima hadiah daripada non-Muslim
perpaduan adalah agenda utama dalam Islam

Kesimpulan
Rasulullah mengambil pendekatan yang diplomatik ketika berurusan dengan non-Muslim. Melalui sirah jujungan mulia ini kita sebagai umatnya seharusnya mencontohi akhlak baik yang telah ditunjukkan oleh nabi s.a.w.Interaksi yang baik akan mendekatkan mereka kepada islam seterusnya mereka akan beroleh hidayah untuk memeluk Islam. Negara Islam yang makmur dan bersatu padu akan dapat diwujudkan seperti zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu. Islam itu adalah sebaik-baik agama yang memberikan keselamatan dan ketenangan kepada setiap penganutnya kerana Indah Islam Di Mata Dunia.Islam merentasi sempadan dan waktu.

~ artikel yang diolah daripada Majalah Solusi

0 Response to "Interaksi Bersama Non-Muslim"