Makna Disebalik Ungkapan Korban


Hari ini 10 Zulhijjah 1431 Hijrah bersamaan 17 November 2010 seluruh umat Islam di Malaysia serta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya telah menyambut Hari Raya Haji @ Korban @ Adha. Di kesempatan ini, aku ingin memesan buat diriku serta saudara maraku muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t

- kita Umat Islam amat digalakkan untuk bertakbir pada 10-13 Zulhijjah ini.
- menyembelih korban pada hari raya dan hari-hari tasyrik
-ziarah-menziarahi saudara mara serta jiran tetangga

Anas bin Malik r.a berkata:“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

Jika di tanah air (Malaysia) umat Islam mengorbankan binatang yang halal untuk dikorbankan, manakala di Baitullah (Makkah) umat Islam berkumpul di tanah suci menyahut panggilan Haji yang mulia serta memenuhi tuntutan RUKUN ISLAM yang ke-5. Alhamdulillah besar sungguh syariat dan hikmat yang tersirat di sebalik peristiwa ini. Bersyukur kepada Allah Rabbul Izzati yang telah mengurniakan kita lahir sebagai 'Umat Islam' yang terpilih untuk menunaikan Ibadah Haji.

Peristiwa ini amat besar erti ungkapannya jika kita hayati secara terperinci dan mendalam. Korban itu besar dan tinggi darjatnya bagi sesiapa yang berjaya menempuhinya.

0 Response to "Makna Disebalik Ungkapan Korban"