Almarhum Ustaz Fadzil Noor




Hari ini tanggal 23 Jun 2011 genaplah 9 tahun pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Moga rohmu dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.Amin. Teringat pepatah Melayu yang berbunyi "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan NAMA". Namamu tetap segar diingatan para da'ie dan pejuang generasi kini walaupun engkau telah tiada lagi di bumi yang fana ini.

Sedikit biodata Almarhum Ustaz Fadzil Noor:

Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949).

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Penglibatan Awal

Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud.

Ketika di Mesir Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.

Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.

Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.
Penglibatan dalam PAS

Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut.

Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.

Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:

· Naib Yang Dipertua (1979-1983)

· Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)

· Presiden PAS (1989-2002)

Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau.

Tragedi Memali :

Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor. Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada’?. Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi, dikapan dan disolat-jenazahkan.

Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.

Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menantunya Ustaz Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.

Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.

Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para syuhada’.

Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.

Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.

Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi, mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!

Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:

”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat”

Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat di Baling.

Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999.

Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada itu, sama ada hancur atau tidak jenazah mereka.

Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:

”Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya untuk melihat badan mereka hancur atau masih segar”

Hari ini corak kepimpinan PAS di persada politik tanah air adalah bertitik tolak daripada sosok peribadi Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang kita sayangi.Kehebatan kepimpinan beliau sentiasa segar dalam minda setiap pimpinan dan ahli PAS kerana ketokohan yang ada padanya. Yang nyata almarhum adalah contoh Ulama-Profesional yang tidak pernah jumud menilai serta menafsir setiap isu yang dihadapi oleh PAS. 'Pintu ijtihad' telah dibuka seluas-luasnya semasa kepimpinan beliau. Almarhum berkawan dengan siapa sahaja tidak kenal kawan mahupun lawan tanpa sempadan.

Kembali ke rahmatullah

Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ.

Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.
Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum.

Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam

Di sebalik Lagu Saat Lafaz Sakinah



Heningnya... Sunyi suasana... Lafaz sakinah bermula

Tiba satu lg saat slps heningnya saat ijabkabul, yakni "Saat Lafaz Sakinah". Satu saat apabila didengar pada namanya begitu indah, bahagia seindah maksud Sakinah iaitu 'ketenangan'. Benar tenang sekiranya yg berjanji pada 'saat' itu benar2 menunaikan janji.

Apa rasa... Diterjemah hanya... Sebak abah tangis ibunda

Saat ini hanya 'rasa' yg mampu menterjemah cerita. Cerita tentang 'rasa' insan yg membesarkan anak perempuannya dgn penuh kasih sayang yakni abah & ibu menyerahkan anaknya kpd seorang lelaki yg masih kabur niatnya, masih kabur 'erti cinta' pada anaknya. Abah yg selama ini menggasak kudratnya utk membesarkan anaknya, yg tidak pernah kita lihat akan tangis susahnya, hari ini, 'saat' ini kenapa mampu kita membaca sebaknya? Ibu sekali lg engkau menangis slps engkau menangis gembira melahirkan anakmu... pada 'saat ini'... "Saat Lafaz Sakinah"

Adalah aku, wali puteriku... Serah kini amanahku ini padamu...

Nafkahilah dia, curah kasih & cinta

Lebih dari yg kuberikan kpdnya

Abah, apa lg yg tidak kau berikan pada anakmu? Apa kurangnya lagi kasih & cintamu? Sedalam mana lagi kasih & cinta lelaki baru itu harus diberikan kpd buah hatimu itu? Jawab abah, engkau harus curahkan kasih & cinta sedalam-dalamnya, kerana aku inginkan rasa percaya puteriku padamu berbunga2... sama saat pertama kali dulu dia percaya padaku & diserahkan jemari kecilnya utk aku memimpinnya & membawanya ke mana-mana.

Dulu esakannya sandar di bahuku... Tangisannya kini ku serah padamu... Bukan bermakna dia bukan milikku...

Fitrahnya perlukanmu

Ingatlah perihal hidup di dunia ini penuh warna, putih dikurnia hitam pasti ada, mudanya di pagi kadang tuanya di senja. Akan tiba masa engkau terima esak & tangisnya.. Janganlah sesekali engkau rasa itu beban bagimu.. Jika dulu semuanya di bahuku.. Tangisnya kini aku serah padamu.. Setialah di sisinya saat itu, kerana selalunya esak & tangisnya tidak lama.. Kemudian dia akan terus membahagiakanmu. Aku serahkan padamu bukan bermakna dia bukan milikku...Dia tetap anak kecilku bagai dulu..namun fitrah hidupnya perlukanmu..

Jadikanlah dia wanita syurga.. Mengerti benar akan maharnya..

Taat itu bukan hanya pada nama.. Indah ia pada maksudnya..

Aku impikan puteriku lisannya, kelembutannya, kesabarannya, kehalusan budinya & keikhlasannya bak wanita syurga. Anakku perlu mengerti akan erti mahar yg diberikan olehmu padanya. Erti mahar itu adalah satu ketaatan. Ketaatan itu janji-Nya adalah syurga.

Ku akur akan pesanmu... Puterimu kini amanahku...

Aku ingat sekali kata2 Imam Al-Ghazali, "Yang paling berat di muka bumi ini adalah amanah". Abah, janjiku ini kelihatan ringkas namun aku faham akan beratnya ia.. Janganlah kau risau & gusar. Akan aku benar-benar memegang amanahmu..

Iringlah dengan doamu... Bahagia kami dari redhamu...

Namun abah, aku pinta darimu doakanlah kami, kerana aku amat yakin redha Allah dalam keluarga baru ini adalah dari redhamu...

********************************************************************************

Lagu ini kutujukan khas buat sahabat-sahabatku ex Taayah, ex IIC dan ex UKM yang selamat diijabkabulkan pada musim cuti sekolah yang lalu. Semoga beroleh Baiti Jannati. Lafaz sakinah adalah satu lafaz yang sarat dengan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh pasangan yang baru berumahtangga.

Di sini sekadar peringatan kepada yang masih single mingle lagi. Sebelum menjadi pasangan yang sah ..wajiblah kita menjaga ikhtilat dan adab sopan dalam pergaulan. Jangan terjerumus dengan hasutan nafsu syaitan yang selalu mengajak kita melakukan kejahatan tanpa kita sedari. Ada segelintir manusia tak kira lelaki mahupun perempuan yang sangat suka mempermainkan hati dan perasaan orang lain tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.Awas kalian jika anda pernah melakukannya..cepat-cepatlah mohon maaf dan bertaubat. Jangan cari alasan "saja aku nak main-mainkannya ataupun biarlah aku nak kenakannya..ingat aku tergila-gila nak dia ke". Selalunya bila terjadi konflik sebegini manusia yang suka sangat memainkan perasaan orang lain buat-buat tak mengaku salah.Kononnya nak tunjuk keegoannya dan kehebatannya. Waspadalah anda dengan ancaman Allah kepada mereka yang melakukan kejahatan atau menyakiti hati orang lain.Jika saudara mara kita sama ada abang, kakak atau adik dipermainkan seperti anda buat kepada orang itu..apa pula reaksi anda? Tepuk dada tanya iman masing-masing.Ini sekadar tazkirah buat diriku serta pembaca setia blog Indah Islam ini.Moga kita dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah ini.

Sebelum aku menutup kalam ini ingin aku nukilkan bait-bait lagu dari Filem Ketika Cinta Bertasbih bagi mereka yang masih single mingle lagi.Kalau kita bercinta pun biarlah ingin mencapai "Redho Ilahi"

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal

Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar Aku Sepi Aku Hampa Aku Basi
Tuhan Sayang Aku

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atas IzinNya
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri Aku Cinta
Kumenanti CINTA


Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat ,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik . Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka keampunan dan rezeki yang mulia."

~~Baiti Jannati~~

Ibrah Perjalanan Isra' dan Mikraj



(Lihat Surah Al Isra":1) yang bermaksud:
"Maha Suci Tuhan yang telah memperjalankan hambaNya pada malam hari, dari masjid al Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan ayat-ayat Kami kepadanya. Bahawasanya Dialah yang mendengar lagi melihat"

Umat Islam menyambut peringatan ulangtahun peristiwa Isra' dan Mikraj bila menjelang 27 Rejab setiap tahun dengan mengadakan majlis kesyukuran dan majlis ilmu dengan berkumpul di majlis-majlis di Masjid, surau atau di mana tempat perhimpunan dengan mnejemput penceramah untuk memberikan penerangan dengan kepentingan peristiwa serta pengajaran yang dapat diperolehi dari peristiwa tersebut. Semoga dengan penerangan-penerangan berkaitan dengan peristiwa dapat mengukuhkan lagi keimanan kita terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah serta kebesaran mukjizat Rasulullah saw.

Peristiwa Isra'dan Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Rasulullah saw, berhijrah ke Madinah,(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Isra' dan Mikraj adalah satu-satunya peristiwa terpenting di dalam Islam dan sehingga kini pun kaun muslimin masih terus merayakan serta menganggapkannya sebagai suatu kurniaan Allah swt, kapada Rasulnya yang sudah sepatutnya mendapat pujian dan penghargaan.Selain dari peristiwa yang bersejarah tersebut dan peristiiwa yang dirakam di dalam Quran adalah sesuatu yang agung dan amat penting, yang membuktikan keagungan Allah swt dan beberapa gambaran kebesaranNya adalah merupakan tanda-tanda dan bukti-bukti yang besar belaka.

Selain daripada peristiwa sejarah yang besar dalam Islam, yang lebih penting ialah untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

Peristiwa Isra' dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Isra' dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Isra' dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Isra' dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Rasulullah saw.

Semasa Isra' ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (isra') itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah saw telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah saw akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.



§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Abu Bakar ditanya oleh perutusan kaum quraisy;

"Dapatkah ehgkau , membenarkan Muhammad yang menatakan bahawa dia dibawa malam tadi pergi ke Baitul-M uqadis,dan dari sana diia naik ke angit, dan kemudian malam itu juga kembali ke mekah?"

Pertanyaan itu dijawab oleh abu bakar dengan yakindan tegas sehingga mereka tercenggang mendengarnya. Abu Bakar berkata, 'Kalau memang dia berkata demikian, benarlah dia"

Tanya mereka lagi, "Apa engkau benarkankah, hai Abu Bakar, perkataanya yang demikian?"

"Ya saya benarkan, bahkan saya membenarkan yang lebih lagi dari yang demikian, iaitu wahyu yang diturunkan kepadanya dari langit."



Huraian: 1. Isra' dan mikraj berlaku ke atas Rasulullah saw, dengan ruh dan jasad sekali. tak mustahil bagi Allah yang Maha kuasa melakukannya, sebagaimana di dalam Quran terdapat ayat-ayat yang menggambarkan suatu kejadian yang hampir serupa dengan peristiwa Isra'. (Lihat Surah An Nami:38-40) Ayat-ayat tersebut menegaskan bahawa singgahsana Raja Balqis telah dipindahkan sebegitu jauh dari Negeri Yaman ke Palestin dalam sekelip mata saja. Andainya kita telah beriman dengan kejadian ini, maka apakah yang menghalang kita mengimani pemindahan Rasulullah saw, ke mana saja yang dikehendakiNya tanpa melibatkan ukuran kebendaaan atau ukuran masa dan tempat?

sumber: tazkirah-awam

Gabungan Ulama & Profesional Kepimpinan Baru PAS

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Kesemua mereka akan menerajui kepimpinan PAS bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

sumber: Harakahdaily~

Janji Tuhan Pasti Berlaku




Lirik Janji Tuhan Pasti Berlaku - Soutul Amal

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam gemilang kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi
Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya
Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela
Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga tempat kekal selamanya

Kuiiringkan doa dan harapan
Daulah Islam bersinar semula
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara