Ramadhan Al-Mubarak


Bulan Ramadhan amat mulia, membawa rahmat,
kedatangannya berkat,
berlaku maghfirah, pahala berganda lailatul qadar macam panjang umur;
Ketibaannya macam kedatangan seorang pemimpin yang mulia yang sangat dihormati,
Seorang pemimpin seperti Rasul, maksum, akhlaknya tinggi lagi mulia,
berilmu dan berwibawa
Pemurahnya bagaikan hujan lebat, tawadhuknya menghancurkan hati yang keras,
pemaafnya menjadikan orang malu, mengutamakan orang, setiap hati terpaut kepadanya;
Beraninya menggentarkan musuhnya, berstrategi, berhikmah,
ilmunya diucapkan bak mutiara, mendengar ilmunya tidak jemu-jemu;
Kehilangannya dirindui, ketibaannya dinanti-nanti,
Begitulah Ramadhan jika dia seorang manusia, manusia yang luar biasa,

Apa kita hendak kata kalau ada orang berhadapan dengan Ramadhan ibarat pemimpin yang digambarkan tadi?!
Ada orang tidak mempedulikannya langsung, ia dianggap orang biasa,
orang yang tidak mempedulikannya adalah orang gila;
Ada orang hanya memanfaatkan pemurahnya sahaja, orangnya tidak dihormati
orang ini tidak berakhlak yang mulia;
Ada orang seronok dengan wibawa pemimpin itu, ikutnya tiada,
orang ini seronok dengan pemimpin itu, didikan dan pengajaran orang itu tidak dapat diterima;
Orang ini tetap orang bodoh dan rosak jiwanya,
Ada orang berhadapan dengannya terpengaruh dengan kecantikannya,
Dia bergembira dengan rupa luarnya sahaja,
Hati budinya tidak difahaminya, fikirannya tidak dapat diselaminya,
Orang ini mabuk dengan syariat lahirnya, syariat batin tidak dapat dijangkaunya,
Orang ini masih tertipu tidak disedarinya,

Orang yang beruntung yang dapat menikmati seluruh kewujudan pemimpin itu,
Hati, budi, dapat dirasainya, mutiara ilmunya dapat dimiliki, didikannya dapat dicontohi,
Inilah orang yang dapat menjadi bayangan gurunya,
Begitulah golongan-golongan manusia bila berhadapan dengan Ramadhan,
jika ia dianggap seorang guru.



Sebutir Permata Srikandi (1957-2011)



Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru.Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi tadi
BIODATA ALMARHUMAH YB DR. LO’ LO’ GHAZALI
Tarikh Lahir : 2 Ogos 1957

Umur : 54 tahun
Tempat Lahir/Asal : Kuala Kangsar, Perak
Pekerjaan : Doktor

Latar Belakang Akademik : Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly, Ipoh
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh

Kolej Islam Klang

Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Pertama (Kedoktoran)
• Adelaide Alternative Medicine & Surgery – Acupunturist
Kegiatan di Universiti :
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM
Exco PERSIAP UKM

Pertubuhan NGO : KHIM • Yayasan Amal Malaysia • PPIM • PAPISMA • Persatuan Allergy & Aesthetic • Persatuan Hypertension • AFMY • ABIM • Al Khadeem • JIM • Persatuan Alumni FPUKM • Alumni Alkis • Alumni Sista
Kegiatan Dalam PAS : • AJK Dewan Muslimat Pas Pusat • Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa • Ketua Pengarah Al-Nisa’ • AJK Kerja Pas Pusat • Mewakili Parti Sebagai Exco Asian Federation of Muslim Youth.
Jawatan Kini : • Pengarah Eksekutif di Pusat Perubatan Kohilal
Pengalaman Dalam Pilihanraya :
• Menang di Parlimen P119 Titiwangsa dalam Pilihanraya Umum Ke-12
Pernah Bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang dalam Pilihanraya Umum Ke-11


Moga rohmu dirahmati oleh Allah.Dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali.

"Innalillahi' wa inna ilaihi raji'un

CountDown (Callling for Freedom)





LIRIK LAGU FREEDOM-MAHER ZAIN


Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, WOMAN or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh NO
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, oh NO
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've TAKEN our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh NO
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, oh NO
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out LOUDLY demanding their right for freedom
This is it and we're not backing OUT
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh NO
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh NO


Imam Muda Ikon Remaja Masa Kini






MOHD Hassan (kiri) dinobatkan Imam Muda Musim Kedua di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Naib juara, Nazarul Izwan. - Foto Mohd Kamil Rahim
KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.
Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.
Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000; wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro; sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Mohd Hassan ketika berucap mendedikasikan kemenangan itu kepada ibu dan arwah ayahnya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas program Imam Muda,” katanya.

Naib juara, Nazarul Izwan pula membawa pulang biasiswa pengajian ke MEDIU, kereta Proton model Pesona; wang tunai RM20,000 berserta iPad tajaan Astro; pakej perabot jati bernilai RM10,000; trofi Imam Muda; komputer riba; sijil penyertaan; kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah lain. Lapan peserta lain menerima biasiswa melanjutkan pengajian ke MEDIU.

sumber: Berita Harian

Untukmu Abah..


Semalam tanggal 1 Julai 2011 merupakan hari kelahiran abah yang ke-71. Alhamdulillah dengan nikmat usia dan kesihatan yang baik daripada Allah , abah telah diraikan oleh kami iaitu Nyah, Chik, aku dan mak di RFC Ipoh sekitar jam 6 petang. Kali ini ada kelainan daripada kami. Saja nak buat kejutan pada abah untuk sambut hari jadinya di luar rumah.

Abah dilahirkan pada 1 Julai 1940 di Kampung Pasir Puteh Ipoh Perak. Abah anak kedua daripada lima orang adik beradik. Sejak kecil abah memang pandai berdikari menguruskan hal hidup sehingga abah dewasa dan berumah tangga. Abah telah kehilangan ayah yang dikasihinya semenjak dirinya kecil lagi. Sebab itu ada kelainan proses pembelajaran dan kematangan yang dilalui oleh abah berbanding kami yang mentah ini. Zaman itu sekadar cukup orang kata kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Abah hanya mampu belajar sekadar tamat Darjah 6 sahaja sekolah melayu. Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh merupakan sekolah warisan bagi kelurgaku kerana keturunanku bermula daripada arwah opahku (emak kepada abahku) hingga kepada kami ini (lapan orang adik beradik) semuanya menuntut ilmu di sini. Dinggarkan usia sekolah ini sudah mencecah 150++ .

Walaupun abah hanya lulus Darjah 6 tetapi abah tidak mahu melihat anak-anaknya senasib sepertinya. Abah bertungkus lumus memerah keringat di bawah terik matahari yang panas demi memberi kami sesuap nasi, kemudahan pendidikan dan keperluan asas yang lain supaya kami menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Dalam otak fikiran abah tiada alasan untuk tidak menyekolahkan anak-anaknya walaupun gaji yang diterimanya tidak seberapa. Abah bersyukur kerana abah berjaya memberi keperluan pendidikan yang sewajarnya kepada kami kerana abah pegang kata-kata ini ' Hanya ilmu sahaja yang dapat mengubah nasib kita sekeluarga'.
Firman Allah SWT : “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) beberapa darjat. (Ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”. (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Satu yang amat aku kagumi kebanyakan orang lelaki di peringkat umur mencecah usia senja seperti abah kurang menjaga penampilan diri mereka. Abahku (bukan nak puji tetapi sebagai renungan bersama) nampak segak dan bergaya. Faktor utamanya abah mementingkan kebersihan pakaian dan lain-lain. Jarang sekali aku lihat abah pakai selekeh dan kusut masai. Ramai juga yang tersilap anggap ingatkan abah seorang ustaz dan guru ataupun imam dan bilal. Mungkin ada roh keilmuan di situ atau bahasa mudahnya nampak ketokohan di raut wajah abah bagi yang pertama kali mengenalinya.

Setiap kali selepas solat tidak lupa aku doakan
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."


Kumemetik sebuah lagu nasyid berjudul 'SENTUHANMU' nyanyian In-Team untukmu abah yang kusayangi

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..