Bicara Selebriti

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke program yang julung-julung kali diadakan ini pada 30 Julai 2011 yang lalu anjuran Kerajaan Negeri Kelantan boleh menyaksikannya di youtube di bawah. Antara panelis yang dijemput Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Wardina Safiyyah Fadhlullah, Sham Kamikaze dan moderator daripada TV AL-HIJRAH, Amin Idris.




WASIAT SAYYID QUTB

Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti berjaya
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan
Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti berjaya
Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah

Lagu nasyid daripada Usrah Al-Wadi Mesir (Album Islam Penyelesaian) tahun 1995


Lagu asal telah dinyanyikan oleh Ustaz Khairil Azhar Samsudin



didedikasikan khas untuk Almarhumah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang telah meninggal dunia sehingga hujung nyawanya masih tegar dalam perjuangan.Juga kepada para pejuang muslimin dan muslimat..Semoga istiqamah dalam perjuangan..ameen
http://noorizanhasnan.blogspot.com

0 Response to "Bicara Selebriti"