Bagaimana nak memiliki e-book ni?

Di sini saya lampirkan kaedah macam mana nak memiliki e-book bestseller hasil buah tangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu bukunya bertajuk TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

Jom belajar..
1. Anda perlu klik iklan banner TAK KENAL MAKA TAK CINTA di sudut atas blog ini (Indah Islam).
2. Anda perlu klik pada perkataan Dapatkan Segera!!
3. Anda di bawa ke halaman 3 cara pembayaran untuk mendapatkan e-book ini iaitu:
    sila klik
4. Selamat mencuba dan cepat-cepat memiliki buku best seller ini.
    Semoga ilmu kehidupan ini bermanfaat untuk diri, keluarga dan ummah.Insyaallah



"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

[MUTIARA KATA]

Tetamu Allah

Hari ini 5 Zulhijjah 1433 Hijrah.Tinggal lagi 5 hari sahaja untuk kita menyambut 10 Zulhijjah 1433 Hijrah atau Eid Adha. Setiap umat Islam yang berkemampuan mesti mempunyai cita-cita untuk pergi menunaikan haji di Mekah kerana ia merupakan Rukun Islam yang kelima. Semoga kita menjadi tetamu Allah pada masa akan datang dan kepada para jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah haji didoakan supaya mereka mendapat haji yang mabrur.Insyaallah.

Orang-orang yang haji dan orang-orang yang pergi umrah adalah utusan Allah, jika mereka berdo'a kepada-Nya, niscaya Ia akan mengabulkan mereka, dan jika mereka meminta ampun, niscaya Ia akan mengampuni mereka. (HR. Ibnu Majah)

[Waiting For The Call by Irfan Makki]

video
 

Kaabah Baitullah

Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:
- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.
Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.
- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber drp http://syahirul.com/sejarah-penciptaan-kaabah/



Financial Freedom




Rich Dad Poor Dad is a book by Robert Kiyosaki. It advocates financial independence through investing, real estate, owning businesses, and increasing one's financial intelligence.
Rich Dad Poor Dad is written in the style of a set of parables, ostensibly based on Kiyosaki's life.[1] Kiyosaki stresses the ownership of high value assets, rather than being an employee as a recurring theme in the book's chapters.

The book is largely based on Kiyosaki's upbringing and education in Hawaii. The book highlights the different attitudes to money work and life of two men (His rich dad and his poor dad), and how they in turn influenced key decisions in Kiyosaki's life.
Among some of the book's topics are:
  • Robert Kyosaki's personal story
  • The difference between assets and liabilities
  • What the rich teach their kids about money that the poor and middle class do not
  • Your house is not an asset, unless you use it to produce revenue
  • The value of financial intelligence and financial literacy
  • That corporations spend first, then pay taxes, while individuals must pay taxes first
  • That corporations are artificial entities that anyone can use, but the poor usually do not know how
  • The importance of investing and entrepreneurship
Kiyosaki advocated Dr. Buckminster Fuller's views on wealth, that wealth is measured by the number of days the income from your assets can sustain you, and financial independence is achieved when your monthly income from assets exceeds your monthly expenses.

~summary Rich Dad Poor Dad by Robert T Kiyosaki~

Mengapa 9/10 ?


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umat Islam Harus Cemerlang
Hari Ini
Lebih Baik Daripada Semalam
Jangan Buang Masa
Siapa Kata Kita Tidak Boleh
Kita Ada Allah Maha Esa
Doa Sebagai Senjata
Umat Islam Sentiasa Boleh 2X
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Letakkan kekayaan hartamu itu di hujung jari dan letakkan Allah & Rasulmu di dalam hati


Sejarah Hari Raya Dalam Islam







Sekitar 1400 tahun dahulu, ketika Rasulullah S.A.W berhijrah dari Mekah ke
Madinah, Baginda mendapati, terdapat dua hari raya yang disambut oleh
bangsa Arab pada masa itu. Kemudian, Rasulullah S.A.W bertanya kepada
mereka apakah dua hari raya itu?Mereka menjawab bahawa dua hari raya
perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Rasulullah S.A.W menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa, Islam
menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih
bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Disinilah bermulanya sejarah sambutan kedua-dua hari raya tersebut.
Kita sebagai seorang mukmin seharusnya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat dan
Syawal yang penuh keistimewaan, peluang yang tidak lagi dapat dinikmati oleh
insan-insan lain yang telah lebih awal pergi meninggalkan kita di dunia ini.
Telah dirakamkan dalam Al-Quran dan juga Hadith, bulan-bulan tersebut telah
dijanjikan Allah dengan pahala yang berlipatkali ganda jika kita mengisinya
dengan pelbagai amalan wajib dan sunat dengan penuh keikhlasan.

Revolusi Perjuangan

Kemenangan Ikhwan guna teknologi 1,400 tahun lalu....

Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang mendekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesan Syeikh Jum’ah Amin.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”

Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang diperoleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.

Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan diraih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10,000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.

Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, “ Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat..” Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.

Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir. Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.

"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."HD


-sumber MTD Kota Lama-

Penaklukan Kota Konstantinople

Kemenangan Dr Muhammad Mursi

Pidato Perdana Presiden Mursi

Saya tidak mungkin berdiri di hadapan anda sekalian kecuali berkat rahmat Allah SWT
Terima kasih dan penghormatan kepada syuhada dan luka-luka teriring doa atas jasa mereka yang telah membuka pintu

Terima kasih kepada masyarakat Mesir dan tentera yang saya cinta. Tidak ada yang mengetahui dalamnya cinta kecuali Allah SWT

Terima kasih kepada hakim-hakim Mesir yang tengah mengawasi dan melancarkan pilihan raya

Dalam pidato Mursi menyebut wilayah-wilayah yang tidak mendapat perhatian dari Mubarak selama 30 tahun
Para pekerja, pemandu bas, para pelajar, semuanya adalah keluarga saya. Saya tidak akan membeza-bezakan

Mari kita melanjutkan perjalanan, agar semua tuntutan revoluasi tercapai

Dahulu kita selalu bertanya-tanya: bila-bila rakyat akan menjadi sumber kuasa sebagaimana di negara-negara lain?
Sekarang, anda sekalian adalah penguasa

Rakyat dan penguasa sama di sisi undang-undang

Saya tidak mempunyai hak. Semua yang saya punya hanyalah kewajipan

Apabila saya tidak melaksanakan semua janji-janji saya, maka janganlah patuhi saya

Wa'tashimu bihablillahi jami'an wa laa tafarraqu. Shadaqallahul Adzim

Mari bersama-sama kita pikul projek kebangkitan. Demi masa depan Mesir

Kita semua bangsa Mesir, Muslim mahupun Kristian, kita semua pelaku peradaban

Saya akan menjaga semua perjanjian dengan semua negara. Saling menghargai. Saya tidak izinkan campur tangan asing

Ketahuilah semuanya, bahawa semua keputusan Mesir bergantung pada keinginan rakyatnya

Saya faham bahawa kita semua dalam keadaan yang sulit. Tapi dengan taufik Allah kita akan melalui semua ini.

Saya tidak akan mengkhianati kamu semua. Wattaqu yauman turjauuna fihi ilallahi
Semua orang melihat itu jauh. Tapi kita memandang semua itu dekat.


Ramadhan Kareem


Tribute Sang Murabbi Almarhum Ustaz Yahya Othman



Kelahiran
Sekitar zaman sebelum dan selepas Perang Dunia ke-2, Kampung Dewan, Labok yang terletak dalam jajahan Machang hanyalah sebuah kampung biasa yang tidak jauh bezanya dengan kampung-kampung Melayu di Kelantan. Pada ketika itu, penduduk kampung merupakan petani tradisional dan hanya sejumlah kecil sahaja terlibat dalam aktiviti perniagaan.Di Kampung Dewan inilah bertemunya Hj. Uthman b.Mat Kib dan Hjh. Halimah bt. Seman yang mana merupakan sepasang petani kecil yang menyara hidup mereka dengan hasil pertanian. Sepasang suami isteri yang hidupnya serba sederhana itu memiliki dua orang anak. Pada tanggal 22 September 1939, mereka dikurniakan seorang lagi putera iaitu Yahya.Yahya bin Uthman dilahirkan di kampung berkenaan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik yang kesemuanya adalah lelaki.Sejarah tentang bagaimana namanya diperolehi ialah ketika ayahnya pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Ketika di sana, ayah beliau telah berjumpa dengan seorang alim ulama yang bernama Hj. Yahya Banggol. Ulama tersebut juga berasal dari Kelantan dan berkhidmat dengan mengajar ilmu agama di sana. Beliau adalah seorang yang suka membantu orang yang kesusahan dan dermawan. Justeru, Hj Uthman telah menanam hasrat untuk menamakan anak bongsunya nanti dengan nama Yahya kerana tertarik dengan keperibadian ulama tersebut.Akhirnya anak bongsunya itu diberi nama Yahya sempena nama ulama berkenaan.Yahya lahir dan membesar dalam zaman serba kekurangan, meleset serta sarat dengan cabaran.Tambahan pula ketika Perang Dunia kedua tercetus dengan pendaratan Jepun di Kota Bharu dan penjajahan kuasa Negara Matahari Terbit itu ke atas Malaya. Memang sukar hendak dibayangkan betapa kalutnya kemelut yang melanda. Walau bagaimanapun ianya tidak menghalang kedua ibubapa itu daripada terus menyalakan lampu masa hadapan bagi anak-anak mereka khususnya bagi si bongsu.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendidikan
Ketika usia Yahya menjangkau tujuh tahun,beliau telah dihantar masuk ke Sekolah Melayu Labok bagi mendapatkan pendidikan awal. Namun,pembelajarannya di sekolah itu hanya mengambil masa selama dua tahun setengah sahaja. Ini disebabkan beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Tanah Suci Mekah untuk menimba ilmu di sana pada tahun 1947. Di Mekah, beliau tinggal bersama ibu saudaranya dari sebelah ibu. Tetapi selepas empat tahun kemudian ketika umur menjangkau 12 tahun, beliau terpaksa berpindah mencari kediaman sendiri, menyara hidupnya sendiri dan berusaha apa sahaja demi meneruskan pengajiannya di Darul Ulum al-Diniyah. Kehidupan di sana menyedihkan kerana beliau sentiasa berada di dalam kelaparan.Meskipun demikian, Yahya tidak membuang masa malah tidak melepaskan kesempatan untuk samasama menelaah pelajaran di Masjidil Haram. Beliau banyak menelaah kitab-kitab besar dengan ulamaulama Arab dan Indonesia yang mengajar di situ khususnya dalam ilmu Hadith, Mustolah Hadith dan Tafsir.Sebagai seorang pencinta sastera dan bahasa,Ustaz Yahya Uthman juga merebut peluang untuk mempelajari Bahasa dan Kesusasteraan Arab daripada guru-guru yang datang daripada Mesir dan Indonesia. Maka tidak hairanlah beliau mampu memahami dan menguasai syair mahupun prosa Arab tradisional dan moden. Antara karya-karya yang telah dikuasai oleh beliau ialah karya-karya Taha Hussien, Mustafa Rifaie, al-Manfaluti dan sebagainya. Lantas sangatlah wajar disenaraikan guru-guru beliau di sana antaranya ialah Sheikh Hasan Masyak, Sheikh al-Maliki, Sheikh Amin Qutubi, Sheikh Abdul Kadir dan guru yang paling beliau kagumi dan sanjungi ialah Sheikh Yasin Padani yang berasal dari Padang Indonesia yang telah banyak mendidik dan menyayangi beliau.Pada tahun 1958, Yahya menamatkan pengajiannya di Darul Ulum ad-Diniyah, Mekah.Selanjutnya pada tahun 1960, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Azhar. Di sana beliau mengikuti pengajian Syariah wal-Qanun.Ustaz Yahya Uthman begitu gigih dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana pelajar yang datang dari Tanah Melayu hanya gemar memilih jurusan Syariah kerana pengajiaanya boleh ditamatkan dalam tempoh empat tahun. Tetapi pengajian beliau dalam jurusan Syariah wal-Qanun mesti ditamatkan dalam tempoh lima tahun. Tetapi itu tidak sedikit pun membuat diri beliau gentar dengan cabaran tersebut.Beliau sangat yakin bahawa melalui pengajian yang dipilihnya itu beliau akan beroleh banyak kesempatan untuk mendalami ilmu undang-undang perbandingan,ekonomi politik, hubungan antarabangsa dan sebagainya.Pencapaiannya di Universiti al-Azhar sangat memberansangkan. Dengan kesungguhan beliau dalam pengajiannya, maka wajarlah beliau naik ke tahun dua di universiti tersebut. Bermula dengan detik kejayaan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mula menghulurkan biasiswa sebanyak RM250 sebulan bagi menanggung kos pengajian beliau di sana.Beliau menerima biasiswa ini sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah wal-Qanun pada tahun 1966.Ibarat orang berkata, kerinduan yang teramat ialah kerinduan kepada tanahair dan keluarga apabila kita berjauhan. Perasaan ini juga bergelumang di dalam diri Ustaz Yahya Uthman dan beliau mengalaminya. Setelah beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, beliau pulang ke tanahair buat pertama kali setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di bumi bertuah tanah tumpah darahnya. Beliau bersama keluarganya hanya selama tiga bulan sahaja dan kemudiannya kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti al-Azhar. Pengajian beliau mengambil masa selama empat tahun dan akhirnya berjaya menggondol ijazah Sarjana dalam bidang Politik Islam.Setelah beliau menamatkan pengajian di Darul Ulum ad-Diniyah pada tahun 1958 di Mekah, beliau telah memasang niat yang besar di dalam dirinya iaitu ingin mengembara. Hal ini kerana beliau ialah seorang pencinta ilmu yang arif tentang liku-liku cabaran dan riwayat hidup para ulama silam yang berdakwah dalam mencari dan menyebarkan ilmu dengan mengembara.Ustaz Yahya Uthman memulakan langkah pertamanya dengan penuh kental menuju ke Damsyik iaitu ibukota Syria. Walaupun hanya tiga bulan beliau berada di sana, peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau sentiasa berada dan beriktikaf di dalam masjid, mendalami kitabkitab,menghadiri ceramah-ceramah agama termasuklah mengikuti program ceramah oleh Dr.Mustafa as-Syiba’i iaitu ketua kepada pertubuhan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Syria pada ketika itu. Sebenarnya tujuan utama beliau mengembara ke sana ialah untuk mengikuti ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ketua Ikhwanul Muslimin tersebut dan bergerak rapat mengikutinya sebagai sebuah harakah Islamiah.12 Kecintaanya kepada ilmu menyebabkan beliau sanggup mengembara ke Baghdad, Iraq. Di sana beliau mengisi masa-masa beliau dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Antaranya beliau sempat menadah kitabJami’ al-Imam Abu Hanifah di Masjid Abdul Kadir Jailany.

-sumber Muhammad Yahya Samsul-

Wajah Dunia


                                      Ribuan rakyat syria syahid di tangan pemimpin yang zalim

                                            Basyar Assad pemimpin yang zalim di Syria


[Wajah Dunia :Lagu In-Team]

Salimna, Salimna, Salimna
Salimna, Salimna, Salimna
Salimna, Salimna, Salimna
Kita menatap wajah dunia
Semakin musnah dimamah derita
Kekejaman kufar pencetus sengsara
Umat terseksa menanggung derita
Seharusnya kita bersatu bersama
Hidup bahagia aman sentosa


Di sana sini dah banyak terjadi
Perlakuan zalim menghancur memusnah
Apakah kita berdiam sahaja
Untuk membantu agama yang mulia
Kedamaian itu milik kita semua
Itulah kunci perpaduan ummah

Ibarat hari menanti senja
Tika mentari hilang sinarnya
Di ufuk timur terbitnya suria
Alam yang gelap cerah semula
Bersyukur kita pada yang Esa
Atas pimpinan yang bijaksana
Selamatkan kami dari fitnah dunia
Selamatkan kami dari hidup terhina [x2]
Ya Allah, Ya Allah
Selamatkan kami dari fitnah dunia
Ya Allah, Ya Allah
Selamatkan kami dari hidup terhina

Petua Murah Rezeki

Jom Solat Dhuha.

Maksud doa Dhuha ,

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika mas
ih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda; ‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’ (Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Riwayat Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”

(Riwayat At-Thabarani ).


Jauhi Syirik di Muka Buku

SILA AMBIL PERHATIAN..
 Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.

"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".

Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.

Nabi dah pesan tentang hal ini.

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

من أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد

"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]

Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.
[Yang baik itu dtgnya drp Allah & yang buruk itupun dtg drp Allah..kita sebagai hamba mesti bersangka baik terhadap Allah] Waallahu'alam ~

Siapa Dr Mursi

Pusingan Ulangan Pilihanraya Presiden Mesir pada 16 dan 17 Jun 2012 ini. Keputusan siapa yang layak ke pusingan ulangan bakal dikeluarkan pada hari Selasa ini.

Mengapa kita perlu sokong DR MURSI ??

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

p/s : semoga kejayaan kepimpinan negara Arab ini membuka
ruang untuk Khilafah Islamiyyah bertapak kukuh di akhir zaman ini..ammeenn

Syiah yang sesat

Definisi (شِيْعَة) Syiah Dan Tasyayyu' (تَشَيُّع)
            Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela".  Contohnya:  Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali".  Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya".  Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.
            Tasyayyu' (التشيع) pula menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah[1]:
التشيع لغة : هوالاتباع على وجه التدين والولاء للمتبوع علىالاخلاص.
 
"Tasyayyu' menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat orang yang diikuti dengan ikhlas".[2]
            Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk.  Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah.  Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah. 

Abdullah Bin Saba' (Si Munafik)
            Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman.  Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu.  Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.  Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu:  "Engkaulah Allah".[3]  Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas.  Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).
            Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[4]  Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':
"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[5]
            Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'.  Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah.  Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).
Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[6]
            Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[7]

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat
            Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum.  Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:
1.     Abu Ja'far berkata:
"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".[8]
2.     Al-Kulaini[9] mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat.[10]  Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah.  Menurut Kulaini: 
"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".[11]
         Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:
"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".[12]
3.     Al-Majlisi  seorang ulama besar Syiah menegaskan:
“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".[13]
 
Budak Ali bin Husin berkata:
 
"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar.  Maka dia menjawab:  Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".[14]
4.     Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:
"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".[15]
            Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.

Al-Quran Menurut Syiah
            Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli.  Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya.  Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.
Al-Kusyi pula berkata:
"Tidak sedikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah sekarang,  Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".[16]
            Menurut para ulama Syiah:
“Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.
Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya.  Contohnya ayat:
مَاسَلَكَكُمْ فِى سَقَرٍ
"Mengapa kamu masuk neraka?"
             (Menurut penafsiran ulama Syiah):
  قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّيْن
"Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".
            Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran:
"Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".[17]
            Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.

Hadis Menurut Syiah
            Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya.  Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait.  Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang maksum.  Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.[18]

Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
1.     Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي)  "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.
         Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi.  Menurut ulama Syiah lagi:
"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".[19]
         Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani.  Beliau menegaskan:
"Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".[20]
2.     Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis.  Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):
         "Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam.  Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".[21]
         Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah):
         "Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala.  Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[22]
3.     Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas.  Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):
         "Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".[23] 
 
         Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah): 
         "Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".[24]
Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah.  Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad:
         "Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam:  Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)?  Dia menjawab:  Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya.  Aku bertanya lagi:  Bagaimana dengan hartanya?  Dia menjawab:  Rampas sahaja semampu mungkin".[25]
         Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah): 
        
         "Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq):  Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".[26]
 
         Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):
         "Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya".[27]
            Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi.  Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah.  Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).

Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah
            Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah.  Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah.  Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[28]  Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah.  Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.
Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka.  Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.
Abu Ja'far berkata:
"Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku.  Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29]
 
Abdullah berkata:
 
"Wahai Abu 'Umar!  Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30]
 
Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad:
 
"Wahai Daud!  Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31]
          Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik.  Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah.  Si Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.

Syariat Syiah Yang Menyesatkan
            Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah wal-Jamaah.  Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya “Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq” segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis salam  daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam.  Abu Ja'far berkata:
"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32]


Nikah Mut'ah
            Syiah menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan dan yang semampu.  Mereka menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat.  Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah sehinggalah ke Hari Kiamat.  Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah:
عَنْ عَلِيِّ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ نِكَاحِ الْمُتْعَةِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ لُحُوْمِ الْحُمُرِ اْلاَهْلِيَّةِ.
 
"Dari Ali (Bin Abi Talib):  Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".[33]
 
اَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى يَوْمِ الْفَتْحِ عَنْ مُتْعَةِ النِّسَاءِ.
 
"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh (pembukaan) Mekkah".[34]
            Antara tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah walaupun telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.  Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan mut’ah.  Oleh itu, orang-orang beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.

RUKUN IMAN AGAMA SYIAH
            Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:
1.     Beriman kepada keEsaan Allah    -             (التوحيد)
2.     Beriman kepada Keadilan         -                  (العدل)
3.     Beriman kepada Kenabian      -                    (النبوة)
4.     Beriman kepada Imam          -                       (الامانة)
5.     Beriman kepada Hari Kiamat    -                 (المعاه)
            Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah kafir.  Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.[35]
Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:
"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".[36]
 
Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:
 
"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".[37]
             Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan Syiah.  Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau akidah mereka.  Oleh itu, berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam.  Wallahua’lam.  Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga Allah membantu kita sekalian menghapuskan fahaman yang sesat ini dari terus merebak  dan sentiasa memelihara akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah, kedaulatan agama, negara, kerajaan, masyarakat dan perpaduan Ummah Islamiyah.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.

sumber daripada pembentangan kertas kerja “Mengapa Syiah Wajib Ditolak”
http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_tiga.htm