Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)

Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang.
Antara perkara yang perlu dilakukan oleh para jemaah untuk solat ini ialah :
Puasa tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.
1. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu binatang-binatang ternakan juga perlu dibawa bersama. Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh supaya memperbanyakkan membaca istighfar.
2. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara keras. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.
3. Sesudah itu, khatib harus membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.
4. Sunnah memperbanyak membaca do’a minta hujan di dalam khutbah yang kedua, yang diucapkan oleh khatib (pengkhutbah) terkadang dengan jahir (suara keras) dan terkadang dengan sir (suara perlahan) menzahirkan harapan dari alunan suara. Adapun jika do’a itu diucapkan dengan jahir maka ma’mum mengucapkan “amin” dengan jahir pula, dan jika diucapkan dengan sir maka ma’mum berdo’a sendiri dengan sir.
i)Sunnah pada akhir khutbah yang kedua ;
1) khatib menghadap qiblat (membelakangi makmum)
2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya (sorbannya) dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan menjadi kekiri.
3) kemudian berpaling lagi oleh khotib membelakangi kiblat pada akhir khutbah yang kedua itu.
NIATNYA
أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.
DOA SOLAT ISTISTIQA’
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . أَنْتَ الْغَنِّيُ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ ، أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ عَلَيْنَا قُوَّةً وَبَلاًغًا إِلَى حِيْنَ .
Maksudnya : “Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.
DOA2 LAIN
اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا
Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”
‏اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا‏ مُغِيثًا ‏ ‏مَرِيئًا ‏ ‏مَرِيعًا ‏ ‏نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”
‏اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
Maksudnya : “Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadis 155, Mastika Hadis Jilid 2: 
Dari Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a katanya Rasulullah s.a.w telah keluar menuju ke tempat sembahyang (Musalla) untuk mengerjakan sembahyang Istisqa’ (sembahyang minta hujan) dan bahawa baginda apabila hendak berdoa (dalam khutbahnya sesudah sembahyang), baginda menghadap kiblat dan mengalihkan kain selendangnya (yang atas ke bawah). (Hadis sahih-riwayat Muslim)
Hadis ini dan banyak lagi hadis yang lain menjadi dalil bahawa sembahyang minta hujan disunatkan dalam Islam dan digalakkan mengerjakannya apabila kita mengalami musim kemarau.
Dalam hadis di atas Al-Ansari bermaksud orang Madinah. Musalla bermakna tempat sembahyang hari-raya.
Mengalihkan kain selindang atas ke bawah (cadar) sebagai simbolik menukarkan musim kemarau kepada musim hujan.
Pada masa itu orang Badwi mengalami musim kemarau dan rumput telah menjadi kering dan binatang mereka tiada makanan. Mereka meminta Nabi berdoa minta turun hujan. Lalu Nabi berdoa menghadap kiblat dan belum sempat Nabi bergerak keluar dari tempat sembahyang, datang tompok awan hitam (sebelum itu biru langit) dan hujan turun dengan lebatnya sehingga beberapa hari sehingga banjir (jalan tertutup, binatang lemas, rumah runtuh). Kemudian orang Badwi sekali lagi meminta pertolongan Nabi supaya berdoa untuk mengalihkan hujan. Lalu Nabi berdoa dan minta hujan dialihkan ke kawasan gunung-ganang, bukit-bukau, laut-laut tempat manusia tiada.
Doa menghadap kiblat adalah sunnah Nabi (semasa sembahyang berseorangan). Namun ketika Baginda menjadi Imam, baginda berpusing dahulu ke kanan atau ke kiri sebelum wirid dan doa bagi menghormati makmum (tidak membelakangkan makmum)
Zaman Sayyidina Umar r.a. juga berlaku kemarau. Namun Nabi dan sahabat tidak buat qunut nazilah, mereka cuma sembahyang dan berdoa minta hujan.
Qunut yang kita baca hari-hari sebenarnya itulah qunut nazilah (allahummah dini). Sebaliknya qunut yang Nabi baca hari-hari semasa sembahyang witir ialah ”alluhamma inna nastai nuka”.
Kita sekarang berdoa dan sembahyang hajat tetapi doa tidak diterima, mungkin kerana ada penghalang doa diterima seperti makanan yang tidak halal.

0 Response to "Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)"