Sem baru telah pun bermula.8 September 2014. Sem ni sem ke-3 untukku bergelar pelajar siswazah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sem ni aku perlu fokus dan merancang kaedah belajar dan menulis tesis yang paling berkesan supaya hasilnya bermanfaat untuk generasi yang akan datang.Mujur sempat membeli sebuah buku Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik yang ditulis oleh Dr Othman Talib pada semester yang lepas menggunakan baucer buku. Buku ini sangat berguna kepada rakan-rakan. 

Tajuk jurnal dan tesisku berkaitan isu harta pusaka dan faraid.
Aku terfikir untuk menyelidik bidang ini kerana terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain kerana sesungguhnya ia (ilmu faraid) adalah sebahagian dari ilmu yang banyak.Tetapi malangnya, adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut dari umatku!" (Hadith Shahih riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqi dari Abu Hurairah).

Jutaan terima kasih yang tak terhingga kutitipkan buat:-
1. Mak dan abahku yang selalu memberi semangat kepadaku sejak dari kecil hingga ke saat ini serta adik- 
    beradikku yang sangat memahami diriku sebagai seorang adik.
2. Kedua-dua anak buahku yang dicintai dan dikasihi, menjadi sumber inspirasi untuk aku berkarya Abdul
    Mujib dan Ahmad Mujahid. Semoga kalian pun menjadi seorang yang memberi manfaat kepada ummah
    suatu hari nanti.
3. Para asatizah dan guru-guruku terutamanya penyeliaku Prof Madya Dr Sanep Ahmad, Prof Dr Abdul 
    Ghaffar Ismail, Prof Dr Khairuddin Omar dan lain-lain yang sudi berkongsi idea yang bernas kepadaku.
4. Seterusnya kepada sahabat-sahabatku Ustaz Roslan Abdul Rahman (sudi kongsikan nota harta pusaka &
    faraid seterusnya memperkenalkanku dengan asatizah yang pakar dalam bidang ini di Fakulti Pengajian
    Islam UKM, Muhammad Harunurashid Thelatha (sudi tunjuk ajar khususnya bidang matematik dan suka 
    provokasi supaya aku berfikir kritis dan kreatif) serta rakan-rakan yang membantu secara langsung 
    mahupun tidak langsung.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan kalian semua.Semoga hasil penulisan ini bermanfaat untuk diri, keluarga dan ummah.Insyaallah.Aamiin..

"Ya Allah banyakkan ilmuku..hartaku..anakku dan berkatilah"
Doa ini kusalin ketika menghadiri Konvensyen Jutawan Muslim pada 29 April 2012 di Hotel Flamingo Ampang.Pengisian daripada Dr Zahazan Mohamad salah seorang penceramah dalam konvensyen tersebut.

Jam 1538
17 Zulkaedah 1435 H
12 September 2014
UKM Bangi
    

0 Response to " "