I have a dream

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail

.........................................................
..........................................................
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream


lirik lagu I have a dream kumpulan Westlife  

Hari ini sudah 5 Januari 2015.Begitu pantas masa berlalu.Pejam celik..pejam celik begitulah putaran kehidupan manusia. Lirik lagu di atas menceritakan cita-cita seseorang. Walaupun liriknya ada yang tak berapa nak kena, tapi ada yang boleh dijadikan inspirasi sikit.

Impianku pada tahun ini lebih fokus kepada 3 perkara.
1. Hal akademik
2. Hal kerjaya
3. Hal kehidupan 

Di sini aku kongsikan sedikit petua murah rezeki. Setiap kejayaan mesti melalui kepayahan dan kesulitan sebelum kita merasai kemanisan. Itu mengajar kita erti kematangan berfikir , bertindak dan menerima ketentuan Allah dengan hati yang redha. 


Ini Selawat Tafjiriyyah. Amalkan bacaan selawat ini 11 kali selepas solat fardhu 5 waktu. Moga dimurahkan rezeki. 
Selain kita kekal istiqamah menghidupkan Qiamullail dan juga solat sunat Dhuha.

Kata-kata motivasi di bawah ini penuh bermakna untuk diriku. Moga diriku sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah. Rezeki setiap orang adalah rahsia kita dan Allah. Kita tak boleh sama sekali persoalkan kenapa dia tu cepat? kenapa dia ni lambat? Soalan ni sangat sensitif padaku. Sebenarnya Allah yang lebih layak tahu bila? di mana? siapa? yang akan mendapat rezeki pada sekian..sekian masa. Kita sebagai hamba hanya berusaha dan berserah secara total kepada Allah. Hidup ini pilihan..perlu sentiasa istisyarah dan istikharah.


Dan perancangan Allah itu yang terbaik walaupun kita pun turut merancang hal-hal kehidupan yang tidak pasti yang akan kita lalui.


Satu tips yang aku pelajari daripada para xifu-xifu bisnes aku dahulu ialah kita tulis satu list impian kita dan letakkan target bila akan dicapai. Tampal di tempat yang selalu kita nampak.Contoh di board dekat meja studi kita. Biar spesifik. Itu merupakan satu self motivation yang terbaik. Bila kita berkawan , yang penting kita cari / pilih kawan yang positif bukan kawan yang menjadi kerengga kepada kita untuk mencapai kejayaan. 
Dan aku yakin dan percaya setiap ujian yang Allah uji adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Kerana Allah mahukan kita merintih dan menangis kepadaNya dalam setiap kesulitan akan ditemui kemudahan di penghujungnya. 

"Doa yang baik-baik..InsyaAllah akan datang nanti yang baik-baik".

Salam Maulidur Rasul 1436 Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Moga ibrah keperibadian Rasulullah iaitu kekasih Allah diteladani dan dicontohi oleh kita semua. Perbanyakkan selawat ke atas nabi kerana kelak di akhirat sana kita beroleh syafaat daripada baginda.

 

0 Response to "I have a dream"