Rasulullah s.a.w bersabda : Sebaik-baik manusia
ialah orang yang panjang usianya dan bagus amalannya (Riwayat Tirmizi)
Alhamdulillah hari ini tanggal 29
Januari 2015 genap usiaku 29 tahun. Syukur kepada Ilahi atas nikmat usia dan
kesihatan yang baik ini. Terima kasih kepada mak yang bersusah payanh
mengandungku dan abah yang berpenat lelah membanting tulang mencari sesuap
rezeki untuk menyara kami 8 beradik walaupun hidup serba kekurangan ketika itu.
Paling best setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran mesti bertiga dengan
kakakku 2 Januari dan adik bongsuku 25
Januari. Tahun lepas sambutan grand sikit pergi ke Kota Singapura pada 25
Januari 2014.. Kali ini sambutan di teratak bonda dan ayahanda di Kg Pasir
Puteh Ipoh sahaja. Aku sendiri pun tak sangka umurku kian meningkat. Maklumla
aku lebih banyak menuntut ilmu belajar dan diajar secara formal mahupun tidak
formal . Ilmu itu sangat penting bagiku. Kalau aku tinggal seorang, aku boleh
lagi hidup dan bergerak kerana teman setiaku adalah buku-buku selain Al-Quran
dan laptop kesayangangku. Mereka ini teman-temanku ketika waktu suka dan
dukaku.
Cara didikan abah dan mak kepada kami 8
beradik sangat tegas dan berdisiplin. Hasil didikan seperti itu yang menjadikan
kami manusia pada hari ini. Seingat aku zaman sekolah rendah dulu, abah akan
pastikan aku balik terus ke rumah . Abah tak suka aku sembang borak-borak
kosong dengan geng-geng kawan perempuanku sekelas. Abah pesan jangan buang
masa. Kalau ada latihan sukan sebelah petang abah sanggup tunggu aku habis
menjalani latihan sukan dan aku akur terus pulang. Cikgu Zainol Amri yang kenal
dengan abah , akan memberi keizinan kepadaku untuk pulang awal kerana abah akan
pastikan aku solat sebaik sahaja pulang ke rumah. Dan yang paling disiplinnya
kami tak dibenarkan bermain dengan anak-anak jiran. Mak kata , anak-anak jiran
ada yang jenis kasar sikap mereka. Mak tak nak berlaku pergaduhan budak-budak
yang melibatkan pergaduhan ibu bapa juga.
Sampai tahap itu kami dikawal. Jadi tak pelik.. kalau dikatakan kami kurang
sikit bersosial. Hanya bersosial ketika pergi ke sekolah, urusan jual beli dan
kenduri kendera sahaja. Pernah kawan-kawan tanya kepadaku, tak stres ke?..tak
terkongkongke ?mak ayah kamu buat macam tu? Aku senyum je, padaku itu yang
terbaik untuk menjadikan kami manusia yang bermanfaat. Agak jumud tapi dalam
bab ilmu abah dan mak paling banyak beri semangat supaya belajar
sungguh-sungguh sebab mak dan abah tak
dapat mengaji tinggi zaman kecil-kecil dahulu. Jadi kamilah yang merealisasikan
impian abah dan mak. Hidup ini umpama roda. Zaman dahulu susah.. tak ramai
orang nak berkawan..takut..dipandang hina la.. keluarga kami ini. Tapi Allah
itu Maha Adil..Maha Pengasih..Maha Penyayang.. selepas kesusahan disusuli
kemudahan. Cuma syaratnya Usaha tahap tepu..buat sungguh-sungguh , doa dan
tawakal kepada Allah.
Aku suka dengar lagu nasyid ni. Sangat
deep.. lagu ini ditujukan hasrat hati seorang abah kepada anak-anak puteri
kesayangannya supaya menjaga maruah dan aurat . Martabat anak perempuan sangat
tinggi di sisi Islam. Perempuan yang beragama Islam patut berterima kasih
kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana kelahiran baginda yang
menaikkan martabat dan maruah kaum Hawa kerana ketika zaman jahiliah.. anak
perempuan akan dibunuh hidup-hidup, kaum Hawa dijadikan hamba seks kepada kaum
Adam yang bernafsu buaya dan lain-lain. Betapa Islam itu memuliakan martabat
perempuan dan diletakkan di tempat yang sangat mulia. Daripada diri seorang
perempuan itu.. akan bercambah biak keturunan umat Nabi Muhammad s.a.w. Oleh
itu kaum Hawa sekalian mahalkan dirimu. Jangan mudah tergoda dengan pujuk rayu
kaum Adam yang berniat jahat dan sebagainya. Cinta itu bersyarat. Jika si Adam
itu ikhlas mencintaimu setulus hatinya niat kerana Allah, dia takkan berani
menyentuh dirimu walaupun sedikit. Dia akan menghormatimu dan jika dia ingin
memperisterikanmu..dia sendiri yang ‘genteman dan macho’ akan berjumpa dengan
walimu untuk meminta izin dan restu. Usah digusar walaupun dirimu lambat
dipinang oleh calon Imam. Setiap orang berbeza ujian dan ketepatan masa yang
Allah takdirkan. Allah akan hantarkan ketika kamu betul-betul bersedia memikul
amanah yang berat ini..Sentiasa perbaiki amalan dan perilaku kita. Mudah-mudahan
jodoh yang terbaik kamu akan temui di setiap doamu. Bersangka baiklah dengan
perancangan Allah.
WE DO THE BEST..LET’S ALLAH DO THE
REST..INSYA ALLAH
Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Lembut mu tak bererti
kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
0 Response to "Nikmat Kurnia "
Post a Comment