Renungkanlah Teori Adam dan Hawa

Daripada Tsabit al-Bunani, daripada Anas bin Malik r.hu, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: " Perkara pertama yang akan hilang daripada agama ini adalah amanah. Yang paling terakhir (hilang) ialah solat".
Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda:

Maksudnya: " Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya maka ia seorang munafik. Walaupun dia puasa dan solat dan menyangka dirinya muslim. Apabila berbicara, ia berdusta. Apabila berjanji, ia mengingkari. Apabila diberi amanah, ia khianat."

Sayidina Umar al-Khattab berkata: " Aku tidak pernah tertipu dengan solat dan puasa seseorang. Semua orang boleh berpuasa, semua orang boleh solat. Akan tetapi tidak beragama orang yang tidak memiliki sifat amanah."

Tanggal 1 Januari 2015 bersempena dengan tahun baru masihi, aku mengajak sahabatku sewaktu mengaji peringkat diploma Kolej Islam Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menemaniku ke Mid Valley. Tujuanku untuk berjalan-jalan sambil berkunjung ke kedai buku MPH. Aku berkata kepadanya.."Mesti ko boringkan jalan dengan aku..asyik-asyik buku je..perbualannya..aku berseloroh. Fiza membalas" Ehh..takpe.., aku ok je.." Mujur dia kenal dan memahamiku sebagai sahabat.Alhamdulillah.

Aku mencari-cari sebuah buku yang dari dulu aku tak berkesempatan untuk membacanya.Lantas aku minta Fiza untuk mencarinya. Nah bukunya "Teori Adam dan Hawa".





Sinopsis buku ini

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat individu, pelajar, anak, suami, isteri, ayah, ibu, pemimpin dan ketua, ahli korporat, guru, motivator dan sebagainya. Ia amat sesuai bagi mereka yang tercari-cari jawapan bagaimana manusia mahu mengecapi kebahagiaan hakiki.
BUKU 'TEORI ADAM & HAWA , RAHSIA ILMU KENAL KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP MANUSIA" yang ditulis oleh Ustaz Haslin Baharin (bollywood) dan Nordin Jaafar ini merupakan sebuah karya yang sangat baik bagi sesiapa yang tercari-cari erti kebahagiaan dan mahu mengenal tentang rahsia Teori Adam & Hawa serta 'Ilmu Kenal' dalam mencari kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Buku ini menjelaskan konsep dan realiti kebahagiaan yang hakiki yang menyebabkan kita akan terbuka minda dan hati.Justeru itu bahagia adalah merupakan sesuatu yang bernilai yang dicari-cari oleh anak Adam. Sabda Rasulullah s.a.w. kupasannya

Dari kebahagiaan anak Adam itu ada 3,
1. Isteri yang solehah
2. Kediaman yang solehah
3. Kenderaan yang solehah
dan dari kedukaan anak Adam itu ada 3
1. Isteri yang jahat
2. Kediaman yang jahat
3. Kenderaan yang jahat.

Perkahwinan dan kebahagiaan adalah berkait rapat di antara satu sama lain, tidak boleh dipisahkan. Jika perkahwinan tanpa kebahagiaan,, manusia akan menjadi gila dan merana.
Buku ini juga berkongsi tips-tips mendidik anak lelaki dan perempuan dengan baik melalui Teori Adam dan Hawa. Buku ini berkenaan kepentingan berkomunikasi dengan betul dalam mencipta kebahagiaan hidup manusia.Terdapat juga teknik coaching dan mentoring yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Kebahagiaan adalah di antara rasa manis dan pahit..Jika hari ini kita kecewa, usah difikirkan kekecewaan hari ini hingga kita lupa kepada kebahagiaan hari esok.


"Kadang-kadang Allah sembunyikan mentari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis..
kita takut..
 kita tertanya-tanya.. 
kemana hilangnya sinar?
Rupa-rupanya...
Allah nak hadiahkan kita pelangi."

Sebelum melangkah ke alam rumah tangga, buku ini menjadi rujukan utama sebagai panduan untuk pasangan yang baru kenal hati budi untuk memahami hakikat kejadian Adam dan Hawa yang berlainan sifat-sifatnya. Kerana perkahwinan itu merupakan tanggungjawab untuk saling melengkapi segala kekurangan dan kelemahan antara satu sama lain..bukannya untuk bersaing siapa yang paling hebat , dan paling pintar soal kehidupan. Hari ini banyak kes-kes penceraian yang kian meruncing. Didapati punca utamanya kerana tidak solat dan kurang ilmu berkaitan psikologi dalam pengurusan emosi dan pengurusan kewangan. 

Buku yang kedua bacaan yang sangat bermanfaat ialah 
7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE BY STEPHEN R. COVEY

THE 3 RD ALTERNATIVE SOLVING LIFE'S MOST DIFFICULT PROBLEMS

Sharpen the Saw means preserving and enhancing the greatest asset you have--you. It means having a balanced program for self-renewal in the four areas of your life: physical, social/emotional, mental, and spiritual. Here are some examples of activities:
Physical: Beneficial eating, exercising, and resting
Social/Emotional: Making social and meaningful connections with others
Mental: Learning, reading, writing, and teaching
Spiritual: Spending time in nature, expanding spiritual self through meditation, music, art, prayer, or service

As you renew yourself in each of the four areas, you create growth and change in your life. Sharpen the Saw keeps you fresh so you can continue to practice the other six habits. You increase your capacity to produce and handle the challenges around you. Without this renewal, the body becomes weak, the mind mechanical, the emotions raw, the spirit insensitive, and the person selfish. Not a pretty picture, is it?

Feeling good doesn't just happen. Living a life in balance means taking the necessary time to renew yourself. It's all up to you. You can renew yourself through relaxation. Or you can totally burn yourself out by overdoing everything. You can pamper yourself mentally and spiritually. Or you can go through life oblivious to your well-being. You can experience vibrant energy. Or you can procrastinate and miss out on the benefits of good health and exercise. You can revitalize yourself and face a new day in peace and harmony. Or you can wake up in the morning full of apathy because your get-up-and-go has got-up-and-gone. Just remember that every day provides a new opportunity for renewal--a new opportunity to recharge yourself instead of hitting the wall. All it takes is the desire, knowledge, and skill. 
Jika hari ini kita pernah melakukan kesilapan..pernah melukai hati orang..pernah emosi yang melampau..pernah ego yang melampau dan lain-lain.. jom memiliki ..membaca ..memahami dan praktikal ilmu-ilmu yang bermanfaat di dalam buku ini.
Konsep Habblum minallah dan habblum minannas  perlu disuburkan dalam kehidupan kerana kita hidup memerlukan individu-individu yang subur dengan kasih sayang berlandaskan iman dan Islam..
Semoga nukilan ini bermakna untuk tatapan pembaca budiman semua.
20 Januari 2015
Jam 1636 UKM Bangi
------------------------------

0 Response to "Renungkanlah Teori Adam dan Hawa"