Belasungkawa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Ketika entri ini dikarang tanah airku yang tercinta telah kehilangan seorang Murabbi Ulama' yang sangat disegani kawan mahupun lawan. Beliau yang berhati mulia itu ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kebetulan tuan guru meninggal di malam Jumaat.
"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” - (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)
Semoga Ayahanda Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat Di Kurniakan Syurga Tertinggi
Sebenarnya Ruh nya Telah Diambil oleh Allah....
Tapi bukan semangat NYA..
Akan terus kekal HIDUP bersama Rakyat MALAYSIA. 

Tarikh kematian yang sama dengan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna 12 Feb.
MasyaAllah ..

Antara pesanan yang berhikmah daripada insan yang berhati mulia ini renungkan bersama :







Sejak akhir-akhir ini berlaku perselisihan faham di kalangan ahli jemaah PAS. Semoga dengan peristiwa kematian Tuan Guru Nik Aziz ini diambil ikhtibar dan dijadikan muhasabah ke dalam jiwa dan hati para penyokong dan pendokong Islam. Hentikan fitnah..label-melabel..mengumpat..membuka aib dan sebagainya. Gunakan gabungan ilmu..iman..dan amal seiring dengan kematangan fikiran untuk bertindak sebelum mencetuskan fenomena yang tidak sihat..bahkan memalukan umat Islam khususnya ahli jemaah sekalian.

Renungkanlah khutbah terakhir junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w ini:


Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau ucapan terakhir Nabi Muhammad S.A.W kepada sekumpulan besar pengikut dan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida' Rasulullah S.A.W yakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu hari ini 
1. Isu Pasma
2. Krisis MB Selangor
3. Kritikan kepimpinan Ulama'

Sikap Tasaamuh (berlapang dada) dalam ikhtilaf sangat-sangat di tuntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesuatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita. Bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah s.w.t.

" Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu , tetapi ia tidak baik bagi kamu.Allah mengetahui sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui."

Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah.Kita mempunyai saluran yang betul untuk melahirkan perbezaan pandangan. Jangan cepat teruja menggunakan medium teknologi alam maya untuk menyebarkan fitnah..buka aib..dan sebagainya seseorang tokoh yang kita benci.Perlu diingatkan kepada seluruh ahli jemaah.. kita mempunyai pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, sama ada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya.Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk menyuntik jarum fitnah yang boleh menjurus kepada hilangnya wala' ke atas kepimpinan.Sedangkan wala' adalah rukun dalam jemaah.

Sebagai pimpinan, kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam keadaan serba salah, antara setuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan, atau sebaliknya.Kerana rasa bersalah dalam diri wujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan mendorong kepada dua situasi:

1. Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku akan mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang daripada jemaah.
2. Menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri daripada aktif dalam jemaah

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jemaah, dan paling besar merugikannnya bila mana dia mengadap Allah s.w.t di akhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjemaah. Ia dikawal dari sikap melampau yang membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa dan tidak mempedulikan jemaah. Awasi perangkap musuh yang membesar-besarkan perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala' kepada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan ummah.

Semoga Allah memelihara kita daripada fitnah ini.

Resolusi yang boleh diambil
1. Penambahbaikan perlembagaan PAS yang mana perlu diperhalusi dan difahami khususnya jawatan dan peranannya.
2. Kaedah yang digunapakai dalam tahaluf siyasi iaitu dari segi pengurusan , keterbukaan dan sebagainya.

Muhasabah yang sangat bermakna. Allah tangguhkan dahulu kemenangan kita untuk memimpin..kerana disebabkan hati. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah. Marilah kita kembali kepada Allah..Sebaik-baiknya paduan antara Ikhtiyariah + Istikharah untuk memutuskan apa-apa jua keputusan yang tidak pasti dalam hal-hal kehidupan ini. Moga bermanfaat cetusan idea ini buat tatapan pembaca yang dirahmati Allah.

Catatan yang dhoif ini
HambaMu Ya Allah
Jam 00:23
13 Februari 2015
Bangi


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna Dalam Kenangan

USIA YANG SINGKAT..KEJAYAAN YANG BESAR..
12 Feb 1949- 12 Feb 2015
Hari ini genap 66 tahun pemergian As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.


Biodata :
Nama Penuh : Ahmad Abdul Rahman Al-Banna
Lahir : 14 Oktober 1906/ 25 Syaaban 1324 H di Desa Al-Mahmudiyyah di daerah Al-Bahriyyah, Iskandariah Mesir (barat laut Kaherah)
Berasal daripada keturunan keluarga ulama yang dihormati .Bapanya Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna berkelulusan Universiti Al-Azhar , seorang ulama, imam, guru dan pengarang terkenal yang banyak menyumbangkan tulisan dalam kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam. Bapanya turut memiliki sebuah kedai membaiki jam sehingga masyur dengan jolokan As-Saa'ti.
Latar belakang pendidikan : Institusi Tahfiz Al-Quran di Mahmudiyyah, Sekolah Muallimin Al-Awwaliyyah di Damanhour, 1923 melanjutkan pengajian di Fakulti Darul Ulum di Kaherah dan berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1927
Sepanjang tempoh pengajian beliau mempelajari ilmu Al-hayah, sistem pemerintahan, ekonomi, politik, bahasa dan sastera, undang-undang, geografi dan sejarah. Kepelbagaian ilmu telah mematangkan beliau secara tak langsung.
Memiliki perpustakaan besar dan luas di rumahnya. Sehingga kini perpustakaan itu wujud dan berada di bawah pengawasan anaknya Saiful Islam.
19 tahun sebagai seorang guru di sekolah di Ismailia dan seterusnya di Kaherah. Selepas itu beliau bekerja di sebuah syarikat akhbar harian iaitu Ikhwanul Muslimin. Tahun 1947, beliau menerbitkan dan menghasilkan majalah bulanan sendiri yang berjudul As-Syihab. Majalah ini menjadi sumber pendapatan beliau. Namun, majalah itu disekat oleh Kerajaan Mesir selepas pembubaran jemaah Ikhwan Muslimin pada 8 Disember 1948

Pembunuhan yang terancang . Zohor 12 Februari 1949 ketika beliau keluar daripada bangunan Ikhwanul Muslimin untuk menaiki kereta sewa, beliau telah ditembak dan meninggal.Almarhum meninggalkan isteri, beberapa orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih bayi.Tiada siapa yang boleh menyertai solat jenazah kecuali ayahnya, isterinya dan anak-anak perempuannya. Mereka juga yang pergi ke kubur dan pulang ke rumah dengan penjagaan yang sangat rapi dan ketat.
Dalam masa yang sama, seorang raja di negara itu menunda perayaan ulang tahunnya pada 11 dan 12 Februari bagi merayakan kematian almarhum. Salah seorang intelektual menceritakan , beliau menyaksikan salah satu majlis keraian yang diadakan di sebuah hotel di Amerika Syarikat. Kemudian beliau mendapat tahu, majlis itu adalah bagi meraikan kegembiraan mereka atas kematian Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.
Beliau seorang pemimpin dakwah, pembina kader, sekaligus seoarang ayah dalam keluarga. Kalimat-kalimat emas yang terlontar daripadanya berbunyi : "Aku terlalu mahu menyampaikan dakwah ini sehingga kepada janin yang ada di dalam perut ibu mereka. "

Antara Karya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

1. Risalah Ta'alim
2. Risalah Jihad
3. Da'watuna Fi Taauri Jadid
4. Al-Mathurat


Keluarga Muslim Menurut Imam Hassan Al-Banna
Penulis : Roslan Mohamad dan Siti Nor Shuhada Mohamad 
Penerbit : HR Publishing
Harga : 25. 90

 



Keluarga Muslim Menurut Hasan Al-Banna Penulis: Roslan bin Mohamed, Siti Nor Shuhada binti Mohamad Terbitan: HR Publishing Harga: RM25.90 Imam Hassan Al-Banna adalah seorang pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Beliau dihormati oleh teman dan lawan. Ketrampilan dan karismanya sebagai pemimpin tidak dapat disangkal lagi. Namun, itu semua tidak sedikit pun menjejaskan peranan utamanya sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Beliau bukan sahaja berjaya menyatukan para pemuda Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin, tetapi juga berjaya menyatukan hati semua ahli keluarganya. Di sebalik kesibukannya, beliau masih sempat pulang ke rumah semata-mata untuk makan bersama keluarga. Beliau masih mempunyai masa memantau perkembangan setiap anak-anaknya. Malah beliau turut menyediakan maklumat kesihatan, carta prestasi dalam pelajaran dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan kata-kata motivasi untuk meransang semangat mereka. Beliau mendidik keluarganya dengan cara yang sangat halus dan berhikmah. Bukan dengan hukuman ataupun bebelan tanpa henti. Sebaliknya dengan tauladan untuk diikuti. Inilah keluarga muslim yang wajib dicontohi.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Hablum MinaAllah Wa Habblum Minannas

Mutiara Hikmah buat seorang insan ..










Dalam hubungan kita dengan Allah

Sentiasalah beristighfar memohon keampunan daripadanya
Bermunajatlah..merintih ..merayu..berdoa dengan penuh rasa rendah diri di sepertiga malam.

Dalam hubungan sesama manusia


"jika seorang itu punyai AKHLAK belum tentu seorang itu miliki ADAB, tetapi orang yang memiliki ADAB yang baik sudah pasti memiliki AKHLAK yang santun"
Sesungguhnya hubungan silaturrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah. Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Aisyah RA Rasulullah s.a.w telah bersabda :


"Sesungguhnya hubungan silaturrahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata : Sesiapa yang menyambungkan aku , maka Allah akan turut menyambungkan ia (Hadith Muttafaq' Alaih)

"Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silaturrahim (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Paling terkesan dengan tausyiah daripada Tuan Guruku Maulana Husin Abdul Kadir Yusufi dan Muhammad Husni Ginting . Semoga Allah merahmati ilmu talaqqi yang diajarkan kepada kami para penuntut ilmu..iaitu dipanjangkan tausyiah daripada Al-Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al-Jufri 

"Jangan memandang sebelah mata orang yang berbuat maksiat, jangan merasa kita lebih bermartabat dibandingkan dengan mereka . Kita cela perbuatan maksiat mereka bukan orangnya.Mereka tidak boleh kita anggap rendah dan tercela, kita juga tak boleh sombong kepada mereka. Boleh jadi, suatu malam ia dilihat Allah, lalu menjadi seorang wali yang dicintai Allah. Sementara amalmu yang tak seberapa, kerana engkau sombongkan, dihapus Allah dan Engkau jadi tak punya apa, bahkan boleh jadi imanmu dicabut, dan engkau tidak diterima lagi untuk menghadapinya
"Nauzubillah min zalik"

Dan yang palingku ingat erti sebuah persahabatan dan ukhwah fillah ini daripada guruku Ustaz Khairil Azhar Samsudin..
Kita tak menongkat dunia ini selamanya..sampai waktu dan ketikanya ..ajal akan menjemput kita. Kadanag-kadang dalam hidup ini kita berhadapan dengan orang yang kita sukai dan orang yang kita benci umpama kawan dan musuh. Siapa tahu ketika kita sudah menjadi jenazah.. orang yang kita anggap musuh itu yang memandikan jenazah kita atau..menyembahyangkan kita atau, mengkafankan jenazah kita dan sebagainya.. Tangan kita ni penuh dengan najis.Setiap hari kita guna tangan ini untuk mengorek tahi mata, tahi telinga, lubang hidung, membasuh qubul dan dubur dan lain-lain. Jangan angkuh dan sombong dengan keturunan, jawatan dan ilmu yang kita ada. Semua itu milik Allah.Kita hanya menumpang sahaja nikmat Allah.
Muhasabah bersama selagi hayat dikandung badan.Selagi pintu taubat masih lagi terbuka wahai teman-temanku yang dikasihi Allah.