As-Syahid Imam Hassan Al-Banna Dalam Kenangan

USIA YANG SINGKAT..KEJAYAAN YANG BESAR..
12 Feb 1949- 12 Feb 2015
Hari ini genap 66 tahun pemergian As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.


Biodata :
Nama Penuh : Ahmad Abdul Rahman Al-Banna
Lahir : 14 Oktober 1906/ 25 Syaaban 1324 H di Desa Al-Mahmudiyyah di daerah Al-Bahriyyah, Iskandariah Mesir (barat laut Kaherah)
Berasal daripada keturunan keluarga ulama yang dihormati .Bapanya Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna berkelulusan Universiti Al-Azhar , seorang ulama, imam, guru dan pengarang terkenal yang banyak menyumbangkan tulisan dalam kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam. Bapanya turut memiliki sebuah kedai membaiki jam sehingga masyur dengan jolokan As-Saa'ti.
Latar belakang pendidikan : Institusi Tahfiz Al-Quran di Mahmudiyyah, Sekolah Muallimin Al-Awwaliyyah di Damanhour, 1923 melanjutkan pengajian di Fakulti Darul Ulum di Kaherah dan berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1927
Sepanjang tempoh pengajian beliau mempelajari ilmu Al-hayah, sistem pemerintahan, ekonomi, politik, bahasa dan sastera, undang-undang, geografi dan sejarah. Kepelbagaian ilmu telah mematangkan beliau secara tak langsung.
Memiliki perpustakaan besar dan luas di rumahnya. Sehingga kini perpustakaan itu wujud dan berada di bawah pengawasan anaknya Saiful Islam.
19 tahun sebagai seorang guru di sekolah di Ismailia dan seterusnya di Kaherah. Selepas itu beliau bekerja di sebuah syarikat akhbar harian iaitu Ikhwanul Muslimin. Tahun 1947, beliau menerbitkan dan menghasilkan majalah bulanan sendiri yang berjudul As-Syihab. Majalah ini menjadi sumber pendapatan beliau. Namun, majalah itu disekat oleh Kerajaan Mesir selepas pembubaran jemaah Ikhwan Muslimin pada 8 Disember 1948

Pembunuhan yang terancang . Zohor 12 Februari 1949 ketika beliau keluar daripada bangunan Ikhwanul Muslimin untuk menaiki kereta sewa, beliau telah ditembak dan meninggal.Almarhum meninggalkan isteri, beberapa orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih bayi.Tiada siapa yang boleh menyertai solat jenazah kecuali ayahnya, isterinya dan anak-anak perempuannya. Mereka juga yang pergi ke kubur dan pulang ke rumah dengan penjagaan yang sangat rapi dan ketat.
Dalam masa yang sama, seorang raja di negara itu menunda perayaan ulang tahunnya pada 11 dan 12 Februari bagi merayakan kematian almarhum. Salah seorang intelektual menceritakan , beliau menyaksikan salah satu majlis keraian yang diadakan di sebuah hotel di Amerika Syarikat. Kemudian beliau mendapat tahu, majlis itu adalah bagi meraikan kegembiraan mereka atas kematian Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.
Beliau seorang pemimpin dakwah, pembina kader, sekaligus seoarang ayah dalam keluarga. Kalimat-kalimat emas yang terlontar daripadanya berbunyi : "Aku terlalu mahu menyampaikan dakwah ini sehingga kepada janin yang ada di dalam perut ibu mereka. "

Antara Karya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

1. Risalah Ta'alim
2. Risalah Jihad
3. Da'watuna Fi Taauri Jadid
4. Al-Mathurat


Keluarga Muslim Menurut Imam Hassan Al-Banna
Penulis : Roslan Mohamad dan Siti Nor Shuhada Mohamad 
Penerbit : HR Publishing
Harga : 25. 90

 



Keluarga Muslim Menurut Hasan Al-Banna Penulis: Roslan bin Mohamed, Siti Nor Shuhada binti Mohamad Terbitan: HR Publishing Harga: RM25.90 Imam Hassan Al-Banna adalah seorang pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Beliau dihormati oleh teman dan lawan. Ketrampilan dan karismanya sebagai pemimpin tidak dapat disangkal lagi. Namun, itu semua tidak sedikit pun menjejaskan peranan utamanya sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Beliau bukan sahaja berjaya menyatukan para pemuda Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin, tetapi juga berjaya menyatukan hati semua ahli keluarganya. Di sebalik kesibukannya, beliau masih sempat pulang ke rumah semata-mata untuk makan bersama keluarga. Beliau masih mempunyai masa memantau perkembangan setiap anak-anaknya. Malah beliau turut menyediakan maklumat kesihatan, carta prestasi dalam pelajaran dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan kata-kata motivasi untuk meransang semangat mereka. Beliau mendidik keluarganya dengan cara yang sangat halus dan berhikmah. Bukan dengan hukuman ataupun bebelan tanpa henti. Sebaliknya dengan tauladan untuk diikuti. Inilah keluarga muslim yang wajib dicontohi.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

0 Response to "As-Syahid Imam Hassan Al-Banna Dalam Kenangan"