Pokok Yang Baik Berasal Daripada Benih Yang Baik



Artikel ini , saya kongsikan daripada page admin Syeikh Dr Muhammad Afifi al-Akiti , ulama Nusantara yang kini menjawat jawatan Felo di University of Oxford. Beliau merupakan di antara individu yang berpengaruh di dunia dan merupakan bangsa Melayu pertama menjadi tenaga pengajar akademik di universiti tersohor di dunia ini.


Sabtu lepas, pada tanggal 22 ogos 2015 saya berpeluang mengikuti satu Seminar Pendidikan Antarabangsa yang dianjurkan Oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu bapa Pendidikan Islam Malaysia( MAPPIM ) ataupun didalam bahasa inggerisnya "Parents & Teachers Association" ( PTA)
Forum ini menampilkan dua orang super Murobbi dan Murobbiah yang sangat professional dan spektakular di bidang masing2.kedua-duanya mencurahkan bakti buat ummat di peringkat yang berbeza tetapi masih berdiri di atas satu landasan yang sama iaitu di dalam bidang pendidikan,
Alhamdulillah, seminar ini telah membuka satu kefahaman, keinsafan dan,daya pemikiran sunnah yang seharusnya diamalkan oleh seorang ibu bapa. Apa yang paling penting, hadirin dapat mengenalpasti hubungkait, maqosid, maqsad dan fungsi diantara istilah ibu bapa dan guru itu sendiri. Selain ia dapat menghidupkan kembali semangat mentarbiyah buat insan2 yang bergelar ibu bapa, guru2 dan buat pencinta ilmu di luar sana.
Mereka2 yang saya maksudkan ialah:

1) Fadhilatus syeikh Dato' Dr. Afifi Al-Akiti -Fellow in Islamic studies Of Oxford University



2) Pn.Khairiana bt. Zainal Abidin -Asst.Vice Principle of Madrasah Al-Juneid Singapore

i would like to highlight several points (naqol) delivered by syeikhuna here:
- Beliau menceritakan sejarah Persatuan ibu bapa ini telah diasaskan pada 1897 oleh 2 orang ibu, yg dikenali sebagai National Congress of Mother sehinggalah namanya bertukar pada tahun 1908 dikenali sebagai National Congress of Parents and Teachers Association. berkata syeikh "subhanallah, very islamic dr sudut philosophy & substance"
-kemudian beliau berkongsi sebuah hadis nabi yg driwayatkan oleh Imam Abu Huroirah mengumpamakan bahawa sebenarnya ibu bapa adalah guru :
(إنما أنا لكم مثلُ الوالدِ أُعَلِّمُكمْ)
"sesungguhnya hubungan saya dan kalian semua adalah seperti seorang ayah dan mengajarkan kepada kalian" (maaf kpd nahuwiyyin :terjemahan saya boleh jd salah, anda boleh menterjemahkan dalam maksud yg lebih tepat)
*kemudian hadis ini disyarahkan oleh Hujjatul Islam Al-imam Al-ghazali Rahimahullah
"الوالد سبب الوجود في الدنيا، والمعلم سبب الوجود في الآخرة "
"Ibu bapa adalah sebab kewujudan kita di dunia, tetapi guru kita akan menjadi sebab kita wujud di akhirat". berkata syeikh " Maka fungsi ibu bapa dan guru itu adalah satu"
الأستاذ مقام الوالد
والتلميذ مقام الولد
"Guru itu mengambil maqam /tempat ibu bapa,
dan anak murid itu mengambil maqam seorang anak". berkata syeikh" This is not only statement of facts but it is a Du'a"
-kita dianjurkan mengamalkan doa supaya dibukakan pintu kelapangan untuk mendidik anak2 kita didalam kesibukan kita sebagai orang tua.
{Ya Allah jadikanlah hamba sabab wujud anak2 hamba di dunia disatukan menjadi sabab wujud mereka diakhirat,dan jadikanlah mereka juga menjadi sabab untuk hamba wujud di akhirat nanti.}
*Manakala Imam Syairazi pula mensyarahkan,
من قرأ عليَّ مسألةً فهو ولدي
"Barangsiapa yang mengaji denganku walaupun dengan satu masalah(tidak kiralah ilmu apapun walaupun ianya sekecil2 masalah yang tak dapat difahami), maka dia adalah anakku." berkata syeikh " MasyaAllah sungguh halus pengajaran dari hadis ini"
- Pada Asalnya secara fitrah, ibu bapa adalah yang seharusnya mendidik anak2, tetapi disebabkan واقع الدنيا kita dibolehkan untuk outsource anak2 kita (hantar mereka ke sekolah untuk belajar ilmu duniawi mahupun ukhrawi) walaupun sebaiknya ilmu agama diajarkan oleh ibu bapa sebagaimana yang dikehendaki oleh nabiyyuna as an ideal situation, ianya berbeza dengan zaman kita sekarang ilmu agama dituntut melalui alim ulama kerana tidak semua ibu bapa itu alim ulama.
-di akhir penyampaian beliau, beliau menekankan bahawa fungsi dan peranan ibu bapa sebagai guru itu adalah satu dan ianya Sunnah. dan sebenarnya PTA yg wujud pada tahun 1897 bukanlah yang pertama, ianya telah dilafazkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W sedari awal 1400 tahun yg lalu lamanya.
Sebelum syeikh mengakhiri penyampaiannya, dan ini adalah sesi paling menyentuh hati hadirin yang datang termasuklah saya ialah ketikamana kita semua menadah tangan mendengarkan lantunan doa yang dibacakan oleh beliau:
* Ya Allah berikan kami kemudahan untuk mengamalkan sunnah baginda melalui hadis tadi.
* Ya Allah berikan kami Masa, Farah,Futuh dan keupayaan untuk bersama2 dengan anak2 kami
*Ya Allah jadikanlah ilmu-ilmu yang kami pelajari di dunia ini sebagai hujjah menolong kami di akhirat nanti dan janganlah ianya nanti menjadi hujjah penentang kami di akhirat
* اللهم اجعلنا من العاملين ولا تجعلنا من المتكلمين
*اللهم اجعلنا من الناصرين والناشرين بشريعة رسول الله بخير وحكمة
Aamiin Ya Rabbal A'lamin.semoga kita tergolong menjadi anak yang soleh solehah berbuat ihsan dengan orang tua kita serta mendapat anak2 yang berbuat ihsan dengan kita.Jom realisasikannya.