Past, Present And Future



Artikel saya pada kali ini berkisar tentang “PAST, PRESENT AND FUTURE.” Perkataan ini sinonim dengan subjek Grammar in English. Saya tidak berminat menyentuh subjek Grammar ini , Cuma mengambil perkataan ini untuk mengulas belanjawan 2016 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada hari Jumaat  23 Oktober 2015 yang lalu.
Antara inti pati belanjawan atau bajet 2016 yang lalu saya kongsikan di sini:
Bajet ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”, bertunjangkan 5 Keutamaan merupakan bagian Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11)
Surah An-Nisa (ayat 58)
Firman Allah s.w.t seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, “Pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat.”
Peruntukan Bajet 2016
Sebanyak 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion ringgit peruntukan dipinda pada tahun 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 225.7 bilion ringgit , yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding tahun 2015. Dengan mengambil unjuran hasil dan perbelanjaan kerajaan defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1% pada tahun 2016. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan di antara Capital Economy & People Economy. Di samping itu, kita perlu mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable & membina sebuah negara yang kompetitif , progresif , bersahsiah & morally strong dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu.
6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh dibanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, di mana ia berada separuh dekad lalu.
Pencapaian Pertama : Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia ia mampu berkembang sebanyak 5.3 % bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai 4.5-5.5 % sepanjang tahun meskipun ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1% pada tahun ini.
Pencapaian Kedua : Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal kerajaan, daripada paras 6.7% - 3.2% yang dijangka tahun ini.
Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang bermula tahun 2010, kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan. Dalam tempoh 5 tahun kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8% pada tahun 2009 – 0.6 % tahun 2014.
Pencapaian Keempat : Kalau dikaji, statistik pengangguran pada tahun 1999 adalah 3.4%. Dengan Kehendak Allah jua , hasil daripada pengurusan ekonomi negara yang berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9% dan kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan.
Pencapaian Kelima : Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.
Pencapaian Keenam : Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, demi meringankan kos sara hidup rakyat.
Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun manakala indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1, 705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trillion ringgit menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa  kekal tinggi sebanyak 418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015. Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal  antara 2-3 %
Keutamaan Pertama : Memperteguh Ketahanan Ekonomi Negara
-          9 projek dan inisiatif bakal dilaksanakan
Keutamaan Kedua : Meningkatkan Produktiviti, Inovasi & Teknologi Hijau
-          1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
Keutamaan Ketiga : Mempersiaga Modal Insan
-     Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 sebanyak 41.3 bilion ringgit akan diperuntukkan pada 2016
-       Kerajaan akan membina 30 buah sekolah rendah, 27 buah sekolah menengah, 4 buah MRSM di Sik Kedah, Ketereh, Tanah Merah Kelantan dan Bagan Datoh Perak, 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang Kedah, Segamat & Ledang di Johor dan Jerantut Pahang.
Keutamaan Keempat : Memperkasa Agenda Bumiputera
-   Sebanyak 150 juta ringgit disalurkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.
Keutamaan Kelima : Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat
-        Meningkatkan taraf hidup isi rumah B40 program eRezeki dan eUsahawan akan diperluas.
Tumpuan utama kerajaan dalam Bajet 2016 adalah menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat
Dalam pada itu, Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia sangat penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan Ramai pihak menyifatkan bajet 2016 adalah kritikal kerana ia merupakan belanjawan negara yang pertama dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan tahun pertama pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam suasana ekonomi mencabar di dalam dan luar negara.
Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan mengagihkan belanjawan secara bijaksana INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2016
Tema Bajet 2016: Mensejahtera Kehidupan Rakyat Pembentangan Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding peruntukan RM260.7 bilion yang dipinda bagi tahun ini (2015).
1     1. Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas GST     kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D GST kadar sifar ke atas tambahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasaskan kacang soya & susu organik
 2. Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional di naik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi  Pendidikan Vokasional
3    3.  Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia
4     4. Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf
5         5. Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih MARA diperuntukkan RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi
6     6. Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak
        7. TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk 10,000 usahawan India RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India Tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40 RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina .
8         8. Sebanyak RM300 juta disediakan bertujuan untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli RM852 juta diperuntukkan kepada RISDA &FELCRA untuk program peningkatan pendapatan dan produktiviti pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah
9      9. Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000- RM300,000 Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin
1    10. RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir
1      11. RM50juta bagi tingkatkan langkah keselamatan penjara; RM20 juta untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dengan peruntukan keseluruhan RM35 juta SPRM akan terus dimantapkan. Bil pegawai SPRM akan ditambah ikut keperluan
1        12.  Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan
1    13.Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400 BR1M 2016
1     14. Kategori baru diperkenalkan bagi penerima berada dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan RM1,050 Skim Khairat Kematian diterus pada BR1M 2016 dengan pemberian sebanyak RM1,000
1       15. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah bagi mendapatkan bantuan deposit perumahan Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000 Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak punyai pendapatan, naik daripada RM3,000 kepada RM4,000 Anak-anak yang menyara ibu bapa, walaupun tinggal bersama, diberi pelepasan cukai RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa Had pelepasan cukai naik daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang melanjutkan pengajian bagi 2016
1     16. Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pembantu rumah Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016 Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyakRM250
         Cabaran Ke Arah menuju RMK-11 
              Terdapat 3 cabaran yang bakal dihadapi oleh negara pada tahun 2016. Pertamanya ialah faktor luaran yang menjejaskan keseluruhan dunia. Jangkaan peningkatan kadar faedah dan pengukuhan nilai mata wang dolar Amerika berikutan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) telah menarik keluar aliran pelaburan yang sebelum ini memasuki pasaran negara membangun. Hal ini dapat dilihat melalui tekanan yang mempengaruhi harga minyak Brent yang jatuh kepada AS$48 setong pada pertengahan tahun 2014.Penurunan sebanyak 52% ini juga mengakibatkan nilai tukaran ringgit terjejas kerana Malaysia merupakan pengeksport bersih minyak dan gas.
       Pelaksanaan lindung nilai dengan mempelbagaikan dagangan serta menangani kerugian bertujuan untuk menampan ketidaktentuan ekonomi China yang perlahan. Penurunan nilai mata wang Renminbi turut memberikan kesan yang ketara kerana China ialah rakan dagangan utama Malaysia. Asas ekonomi Malaysia tetap kukuh walaupun berhadapan dengan cabaran bersandarkan model baharu ekonomi yang berteraskan kemampanan, keterangkuman dan pendapatan tinggi yang dirangka untuk ke arah mencapai status negara maju. Matlamat tersebut mampu dicapai sekiranya sasaran pendapatan AS$15 ribu per kapita dan kadar pertumbuhan mapan enam peratus menjelang tahun 2020 berjaya dicapai.
            Langkah mempelbagaikan struktur ekonomi Malaysia dan mengurangkan pergantungan terhadap komoditi mampu mencapai sasaran pengurangan kepada 15% menjelang tahun 2020 dengan peralihan sebahagian besar dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memfokuskan industri elektrik dan elektronik, dengan kedua-duanya menyumbang dua per tiga kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Cabaran ketiga pula, ialah kemasukan dana ke dalam ekonomi pesat membangun yang berkemungkinan tidak memberikan manfaat kepada pasaran. Beberapa tindakan susulan perlu diberikan perhatian oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
            Selain itu, kebanyakan usahawan kecil bakal menerima tempias cabaran ekonomi pada  tahun 2016. Untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Skim Jaminan Modal Kerja akan ditingkatkan bagi jaminan untuk sektor perkhidmatan dan terdapat tambahan dana jaminan untuk sektor-sektor lain. Pengecualian duti eksport yang terdiri daripada alat ganti, bahan guna habis dan peralatan penyelidikan yang tidak dikeluarkan di dalam negara bakal diperluas, terutamanya dalam sektor perkilangan.
            Dalam pada masa yang sama, melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) di Bank Negara Malaysia, PKS boleh memohon untuk menstrukturkan dan menjadualkan semula pinjaman perniagaan daripada institusi pembiaya sekiranya perlu. Dana Pelaburan Strategik Domestik (DISF) akan diteruskan dengan peruntukan tambahan untuk merancakkan pelaburan domestik dan asing di Malaysia dalam RMK-11.
            Bagi menangani kenaikan kos sara hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, perancangan menambah bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan mampu milik dengan harga berpatutan bakal diperluas secara lebih agresif ke bandar dan kawasan pedalaman. Beberapa buah lagi kedai runcit akan digalakkan menyertai Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani inflasi dan menggalakkan pemacuan ekonomi domestik. Pelaksanaan ini tidak akan berhasil sekiranya tiada kesepaduan dalam kalangan rakyat dan pemimpin untuk menyokong dasar membeli barangan buatan tempatan.
            Kerajaan juga akan mempercepatkan pembinaan rumah mampu milik. Beberapa inisiatif kerjasama BSN dan Kementerian Kewangan Malaysia mewujudkan Skim Perumahan Belia untuk pasangan berumur 25 tahun hingga 40 tahun yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama mereka. Yang menariknya, skim ini memberi insentif selama 2 tahun sebanyak RM200 sebulan bagi menampung ansuran bulanan pinjaman. Hal ini dikatakan hanya terpakai untuk nilai harta tanah antara RM100 ribu hingga RM500 ribu yang ditawarkan kepada pasangan berpendapatan bulanan yang kurang daripada RM10 ribu. Isu Pengangguran juga dijangka mengalami peningkatan pada tahun 2016, tetapi pada tahap terkawal, terutamanya dalam kalangan graduan. Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) bakal ditingkatkan bagi memperluas kebolehpasaran graduan. Semua kos ditampung oleh GLC dan sektor swasta.
            Bank Negara Malaysia akan sentiasa meminimumkan kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global dan memantau perkembangan domestik semasa agar kerajaan dapat meneruskan konsolidasi fiskal pada tahun ini dan tahun seterusnya. Bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara untuk menghadapi cabaran global dan domestik, kerajaan juga merangka pelan tambahan dalam belanjawan 2016 agar dapat memastikan kesejahteraan hidup rakyat diutamakan.Jika ekonomi diumpamakan sebagai sebuah kereta, maka wang adalah minyak pelincir yang perlu ada dan kehadirannya membantu, tetapi bukanlah faktor yang membolehkan kereta bergerak. Apa yang membolehkan kereta berjalan ialah diesel atau petrol, dan apa yang membolehkan sebuah ekonomi tumbuh ialah sumber benar, iaitu buruh, modal dan teknologi yang dimiliki oleh ekonomi itu. Sejarah peradaban manusia telah menyaksikan pelbagai penemuan dan rekaan, namun yang terpenting barangkali ialah wang. Dari permulaan sistem barter, wang kini menjadi satu alat penting mempengaruhi kehidupan manusia. Bahkan wang boleh dianggap sebagai institusi yang berupaya menentukan jatuh bangunnya sesebuah ekonomi.Air jika dibiarkan bertakung akan mengundang nyamuk. Nyamuk ini kemudiannya akan membiak dan berkemungkinan membawa penyakit. Analogi ini sama seperti membiarkan wang terperuk di bawah bantal yang mungkin akan usang dan dicuri. Namun yang mustahak daripada itu,  seperti air jika dibiarkan mengalir maka akan menyuburkan tanaman. Begitu juga dengan wang , jika dibenarkan mengalir atau berputar, maka ia boleh membawa manfaat ekonomi. 
Penggunaan Wang 
Rentetan kepada ulasan kepada belanjawan 2016, wang adalah anugerah terbaik daripada Allah dan penting dalam aktiviti seharian manusia, perlunya memeliharanya untuk memenuhi keperluan hidup. Pemeliharaan ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek, seperti pengurusan hutang, pembaziran wang, pemborosan dan bekerja untuk mendapatkan wang. Terdapat beberapa surah al-Baqarah yang berkaitan dengan al-Dain (hutang) dan ayat 282 surah al-Baqarah mengesahkan akan keperluan memelihara wang dengan keperluan saksi untuk peminjaman. Kedua, Islam melarang umatnya membazir wang yang telah diamanahkan kepada mereka seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Allah telah mengharamkan 3 perkara iaitu mengumpat, banyak bertanya dan membazirkan wang”.Keterangan hadis di atas, adalah bersumberkan penjelasan oleh Imam al-Nawawi. Beliau berkata, pembaziran bererti wang digunakan untuk perkara yang tidak sah di segi undang-undang atau terdedah kepada kerosakan. Larangan ini bertujuan menghindarkan pembaziran yang membawa kepada rasuah. Allah tidak suka kepada sesiapa yang melibatkan diri dalam rasuah kerana pembaziran wang akan menjerumuskan diri untuk membazirkan wang orang lain dan ini adalah rasuah.
            Kesimpulannya, “PAST, PRESENT AND FUTURE” bertepatan dengan dalil surah Yusuf (ayat 47- 49). “Supaya kamu bercucuk tanam tujuh tahun lamanya sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan, setelah itu akan tiba tujuh tahun yang sangat sulit, kemudian setelah itu datang pula tahun yang diberi hujan yang cukup.” Dalam menuju era globalisasi arus perdana dan wawasan 2020 , kepimpinan dalam dunia “VUCA” menuntut kepada bentuk kepimpinan yang berbeza baik di sektor korporat, organisasi mahupun kerajaan. Isunya kini kebanyakan pemimpin masih mengamalkan kepimpinan abad ke-19 untuk menunjangi masalah cabaran abad ke-21. Bak kata Albert Einstein, “Kita tidak akan dapat mengatasi masalah dengan tahap pemikiran yang sama yang menimbulkan masalah tersebut.” VUCA bermaksud Volatility (V), Uncertainty (U), Complexity (C) dan Ambiguity (A). Realitinya kita berada di dunia VUCA dengan pergolakan politik yang tidak menentu, penuh kecelaruan bertambah kerumitannya serta turun naik yang mendadak. Sebagai ahli ilmuan, dalam bidang ekonomi saya berpendapat kembali semula kepada konsep Islam yang menekankan “rahmatan lil a’lamin”. Istilah ekonomi dalam rumpun Melayu dibicarakan dari zaman pemakaian istilah arthasastera sebelum Melayu memeluk Islam, kepada istilah iqtisad pada zaman Melayu memeluk Islam hinggalah kepada istilah ekonomi pada abad ke-20 yang membawa kepada dokongan istilah pembangunan daripada Barat yang dianggap bertepatan dengan ekonomi sejak kemerdekaan Malaya 1957 sehingga hari ini. Pelbagai istilah atau konsep ekonomi Barat dimasyhurkan mengikut tafsiran sarjana-sarjana Barat. Semua konsep ekonomi ini dikaji juga menurut perspektif Islam terutamanya ekonomi kebahagiaan yang mana mendapat perhatian utama di kalangan ahli ekonomi Barat. Konsep kebahagiaan mengikut Islam atau Sa’adah memang jauh berbeza daripada takrif-takrif daripada sarjana Barat. Ini dihuraikan secara lebih lanjut oleh Syed Naquib Al-Attas (1995 & 2002) dalam Prolegomena beliau. Kebahagiaan Islam seperti yang dianjurkan oleh doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w “ Ya Tuhanku, berilah daku hasanah di dunia dan akhirat.” Islam penyelesai masalah yang turut dibantu oleh para pemimpin yang baik, rakyat yang baik. Ayat al-Quran yang menegaskan negara yang patut dizahirkan ialah “negara berdawlah yang tayyibah wa Rabbun Ghafur” iaitu merujuk negara yang terbaik/optimum dan diampuni Allah. Mudah-mudahan ini akan menjadi satu kenyataan di tanah airku yang tercinta suatu hari nanti.InsyaAllah. 
       Rujukan
            1.  Kementerian Kewangan Malaysia
2          2.  Dewan Ekonomi Dewan Bahasa & Pustaka
3          3. Ekonomi Pembangunan Lawan Ekonomi Kebahagiaan (Shaharir Mohamad Zain)
4          4. Wang Terlepas Kawalan Kestabilan Kewangan dan Kawalan Inflasi (Mansor Jusoh)
5          5. Reka bentuk Sistem Kewangan Islam Infrastruktur Pendokong & Kesan Zakat 
             (Abdul Ghafar Ismail)